5 Resepi Mudah Dipping Sauce

Ada guest nak datang ? Alamak tak tahu apa yang nak dihidangkan untuk lepak-lepak. Berapa ramai dari kita yang pernah mengalami situasi begini ? Lebih mudah kalau kita ada resepi pantas, lazat dan menarik untuk tetamu. Berikut ialah 5 resepi mudah, simple, sos cecah atau dipping sauce untuk chips, keropok ataupun biskut crackers. Boleh juga dibawa ke birthday party atau potluck especially kalau dah blur menu apa nak dibawa.

Guacamole

guacamole dipping sauce

Pelik betul bunyinya, macam susah je, tapi sebenarnya tidak. Guacamole ialah dipping sauce dari benua Amerika Selatan, secara tepatnya Mexico. Ianya sangat mudah dan pantas disediakan jika ada bahannya. Terutamanya jika mahukan kelainan dalam hidangan. Masa yang diambil untuk menyediakan guacamole ni hanya dalam 10 ke 15 minit. Apa yang diperlukan ialah :

Bahan-Bahan

-2 biji buah avocado
(2 biji sesuai digunakan untuk hidangan 3 – 4 orang. Memilih avocado yang sesuai adalah penting bagi hasil terbaik. Pilih buah yang lebih mengerutu kulitnya dan berwarna hijau gelap kehitaman. Avocado ini boleh didapati di pasaraya)

  • Sebiji Tomato
  • Sebiji Limau Nipis atau Lemon (diperah jusnya)
  • ½ Bawang Besar
  • 1 Ulas Bawang Putih
  • 2 Biji Jalapeno atau Cili Hijau (gunakan 1 biji jika mahu kurang pedas)
  • Sedikit Daun Ketumbar atau Cilantro
  • Sedikit Garam

Cara Membuatnya

1) Potong Avocado secara menegak dan membulat, bahagikan kepada dua dan keluarkan bijinya. Gunakan sudu dan cedok isi avocado tersebut. Satu lagi cara ialah dengan mengupas kulit avocado tersebut setelah dipotong.

2) Masukkan avocado dalam bekas dan lenyekkan. Jika avocado agak keras, mungkin boleh gunakan lesung atau pengisar (blender). Jangan kisar terlalu halus bagi mengekalkan rasa dan teksturnya.

3) Perahkan limau atau lemon dan gaulkan dengan avocado tersebut. Perahan ini dimasukkan dulu bagi mengelakkan avocado bertukar warna ke coklat.

4) Seterusnya potong tomato kepada dua dan buang bijinya bagi mengelakkan guacamole terlalu berair. Setelah itu, tomato dipotong dadu, halus.

5) Hiris halus bawang besar dan seulas bawang putih tadi. Seterusnya hiris jalapeno atau cili hijau. Masukkan semua bahan ini bersama sedikit garam kedalam mangkuk dan lenyekkan sekali lagi.

6) Pastikan semua bahan tadi digaulkan sebati dan kemudian masukkan sedikit daun ketumbar atau cilantro. Gaulkan sekali lagi.

Siap sudah guacamole kita dan sedia untuk dihidang dengan tortilla chips atau biskut crackers !. Pilih chips berperisa original ye atau biskut tanpa gula atau perasa supaya lebih sedap bila ngap!.

 

Tomato Tabasco

tomato with tobasco dipping sauce

Nak dipping sauce yang pedas? Haa bukan sambal belacan tau ni. Resepi ini untuk dipping sauce istimewa yang tersangatlah mudah dan memberikan lebih ummph !. Sos ini sesuai untuk dicecah dengan nachos, tortilla, biskut crackers. Tetapi boleh juga buat topping untuk french bread seperti baguette. Sesuai untuk hidangan 3-4 orang.

Bahan-bahan

  • Sebiji Tomato
  • ½ biji capsicum atau sebiji cili hijau (besar)
  • ½ biji bawang besar
  • 1 sudu besar cuka (vinegar apple cider untuk lebih kick)
  • 1 sudu besar sos tobasco (kurangkan jika mahukan kurang pedas)

Cara membuatnya

1) Potong dua tomato dan buang bijinya untuk elakkan terlalu berair. cincang halus tomato tersebut.
2) Potong dadu capsicum atau cili hijau tadi (buang bijinya) dan bawang besar.
3) Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan.
4) Masukkan cuka dan sos tobasco, gaulkan sebati dan biarkan 5 minit.

Siap untuk dihidangkan, mudah bukan ?. Jika nak dihidangkan bersama french bread, lebih sedap jika disapukan sedikit butter pada roti sebelum dicecah.

 

Sweet & Sour Cili

sweet and sour chilli sauce
Photo by www.guaranifusion.com

Bagi yang menyukai rasa indo-china dalam masakan, resepi dipping sauce ini pasti memikat tastebuds. Bagi yang biasa travel ke Thailand, sos ini selalu juga dihidangkan oleh kedai-kedai makanan sekitar negara gajah putih tersebut. Mudah dan menarik, sesuai dihidangkan dengan keropok lekor, keropok ikan atau cucur.

Bahan-bahan

  • 1 ulas bawang putih.
  • 1.5cm halia (lebih kurang separuh ibu jari)
  • Sebiji limau nips (diperah jusnya)
  • Sebiji Cili Merah
  • Sedikit Daun Ketumbar atau Cilantro
  • Sesudu kecil gula pasir

Cara Membuatnya

1) Cincang halus bawang putih dan cili merah (buang bijinya terlebih dahulu)
2) Tumbuk kasar halia
3) Gaulkan semua bahan di atas bersama perahan limau nipis tadi.
4) Masukkan sedikit daun ketumbar.

Siap sos sour chilli dan boleh dihidang serta merta. Kena pula dengan keropok lekor panas, tersangatlah wow!

 

Salsa

salsa dipping sauce with tomato

Bukan kita nak salsa berdansa, tapi resepi dipping sauce dari benua latin ini namanya Salsa. Seperti namanya, sos ini semestinya akan merancakkan deria rasa tetamu kita nanti. Sangat sesuai dihidangkan di birthday party atau picnic. Ianya mengambil masa hanya 10 minit untuk disediakan untuk hidangan 3-4 orang.

Bahan-bahan

  • 2 biji tomato yang masak (lebih masak lebih baik)
  • Sedikit daun ketumbar atau cilantro
  • ¼ bawang besar
  • 1 biji jalapeno, cili serrano atau cili hijau
  • 1 ulas bawang putih
  • ¼ sudu serbuk jintan putih atau ground cumin
  • Limau nipis (diperah jusnya)
  • Secubit gula dan garam.

Cara membuatnya

1) Potong dua tomato dan buang bijinya. Seterusnya potong dadu tomato tersebut.
2) Potong dua bawang besar, jalapeno dan bawang putih
3) Masukkan semua bahan ini kedalam pengisar dan sesudu besar perahan limau tadi, gaul rata.
4) Masukkan daun ketumbar, serbuk jintan putih, gula dan garam
5) Kisar kasar semua bahan tadi

Siap sos salsa berdansa dan sesuai disajikan dengan nachos atau tortilla. Untuk rasa yang lebih sedap, masukkan sos tersebut didalam peti sejuk dalam 15-20 minit sebelum dihidangkan.

 

Chutney Ketumbar (Dhaniye Ki)

chutney dhaniye ki dipping sauce indian recipe

Chutney kebiasaannya dihidangkan di restoran-restoran makanan dari benua kecil India sebagai starters. Terdapat bemacam jenis chutney dengan berbagai rasa. Ianya sangat sesuai dibuat dipping sauce bagi onion rings, nuggets dan kentang goreng. Untuk yang inginkan kelainan dan sos yang agak strong rasanya, chutney ketumbar dengan rasa bollywood adalah pilihan yang tepat. Hanya mengambil masa 10 minit untuk disediakan bagi hidangan 3-4 orang.

Bahan-bahan

  • Segenggam daun ketumbar
  • 8 – 10 ulas bawang putih
  • 2 biji lemon (diperah jusnya)
  • 3 biji cili hijau
  • ½ cawan yoghurt tanpa perasa atau krim masam
  • ¼ cawan air
  • Secubit garam

Cara membuatnya

1) Kisarkan daun ketumbar dengan perahan lemon sehingga halus
2) Masukkan bawang putih, cili hijau, air dan garam, kisarkan halus
3) Masukkan semua bahan tadi di dalam mangkuk dan masukkan yoghurt
4) Gaul sebati

Siap dan sedia untuk dihidang. Cepat dan lazat bagi yang gemarkan dipping sauce yang pedas dan eksotik.

There you go, 5 resipi mudah sos cecah kita. Tak risau lagi lepas ni untuk menjamu tetamu, nak buat slumber party atau picnic! Untuk resepi lain mengancam macam ni, boleh klik di sini!