7 Restoran Makanan Halal di Seoul

Annyeonghaseyo!

Travelling ke negara-negara timur jauh seperti Korea dan Jepun semestinya memberikan pengalaman baru kepada kita. Itinerari akan lebih lancar kalau kita bersedia dengan info_info lengkap terutamanya accommodation, makan dan minum. Salah satu perkara yang selalu kita fikir ialah `di mana nak cari makanan halal ni?’. Jangan rungsing lagi, bagi penggemar travel, Kokonutlist senaraikan disini Top 7 makanan halal terbaik di sekitar bandar Seoul, Korea Selatan yang boleh dijadikan panduan ketika di sana!

1) Murree Halal Restaurant

Bibimbap

Terletak di daerah Itaewon, restoran ini menawarkan makanan korea yang authentic bagi peminat korean cuisine. Antara menu yang popular ialah Kimchi Bokkeumbap atau nasi goreng kimchi, Bibimbap dan Bulgogi iaitu daging yang diperap dan grilled. Bibimbap dihidangkan dengan telur goreng dan sayur-sayuran bersama Gochujjang, iaitu red chilli paste.

Selain itu, anda boleh menambah banchan atau sidedishes secara percuma di restoran ini. Mereka juga menyediakan makanan dari timur tengah dan india seperti tandoori. Walaubagaimanapun ianya lebih terkenal dengan masakan korea yang halal lagi sedap. Kesemua menu adalah dalam senarai harga antara 10,000 ke 20,000 Won. Murrre Halal Restaurant ini listed as ‘Muslim Friendly Retaurant’ oleh Korea Tourism Organization.

Murree Halal Restaurant mendapat rating 4 bintang oleh tripadvisor bukan sahaja kerana keaslian makanan Koreanya, juga atas sebab keramahan pemilik restoran tersebut. Ianya terletak berdekatan dengan Seoul Central Mosque. Lokasinya di kanan jalan utama and hard to miss. Untuk ke sini menggunakan tren, pilih destinasi Itaewon menggunakan Line 6 dan terus ke exit 3. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 11.00 malam. FB page rasmi Murree Halal Restaurant boleh diakses di sini.

Alamat : 140-6 Itaewon-Dong, Yongsan-gu, Seoul 140-858

Nombor Telefon : +82 2-3785-1436

2) Eid Halal Korean

Samgyetang

Juga terletak di Itaewon, Eid restaurant berada lebih kurang 150 meter daripada Murree dan mendapat sijil halal dari Korean Muslim Federation. Eid dimiliki oleh Encik Yusof dan Yu Hyun-Woo atau lebih dikenali sebagai Saad sejak Oktober 2014. Terdapat 4 menu paling popular di restoran ini iaitu Bibimbap, Beef Bulgogi, Samgyetang dan Grillled Fish. Resepi tersendiri bagi menu-menu ini membuatkan rasanya lain dari restoran korea di sekitarnya. Seperti Murree, banchan atau sidedishes seperti kimchi, sayur dan ikan bilis (anchovies) boleh ditambah secara percuma.

Selain itu, Eid Tea juga disediakan untuk pelanggan restoran. Samgyetang atau sup ayam ginseng dimasak sendiri oleh Eid secara halal dan sekaligus menempatkan nama restoran ini dalam The Korea Herald pada tahun 2015. Secara amnya, menu disini berharga dari 8,000 ke 12,000 Won. Wi-Fi percuma juga disediakan.

Eid Korean mendapat rating 4.5 bintang dari tripadvisor. Terletak dalam jarak 500 meter dari exit stesen Itaewon, Line 6, restoran ini dibuka dari Selasa hingga Ahad bermula pukul 11.30 pagi hingga 9.00 malam. Disebabkan saiz restoran yang agak kecil dengan pengunjung yang ramai, tempahan boleh dibuat terlebih dahulu. Klik di sini untuk laman FB official Eid Halal Korean.

Alamat : 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul 04408.

Nombor Telefon : +82 70-8899-8210

3) Hajj Korea Halal Food

Tteokbokgi

Restoran ini menyajikan makanan halal Korea, Malaysia dan Indonesia. Terkenal dengan menu Tteokbokki, Bindaettok atau pancake kacang hijau dan Samgteyang, ianya terletak di sebelah Seoul Central Mosque di Itaewon. Teokbokki adalah nasi (tteok) yang digoreng dengan telur rebus, fish cakes dan gochujang atau red chilli paste. Bagi pengunjung yang rindukan makanan Malaysia, restoran ini juga menyajikan Ayam Bakar dan Teh Tarik. Hajj juga menyediakan Dosiraks atau take away sekiranya restoran tersebut penuh, juga bagi pengunjung yang mengejar masa.

Dimiliki oleh Puan Mariam N yang sangat mesra dengan pelanggannya, Hajj Korea juga menyediakan guesthouse bagi pengunjung yang ingin menginap di Itaewon. Tripadvisor memberi rating 5 bintang kepada restoran ini. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 pagi dengan harga menu dari 10,000 ke 17,000 Won. Untuk ke Itaewon, tren line 6 boleh diambil dan ianya terletak hanya 20 meter dari Masjid Seoul. Untuk laman FB rasmi Hajj, sila klik disini.

Alamat : 39, Usadan-ro, Yongsan-gu, Itaewon, Seoul 04405

Nombor Telefon : +82 10-4681-8922

4) MAKAN Halal Korean

Mulnaengmyeon

Namanya sahaja menunjukkan restoran ini dikunjungi oleh majoriti rakyat Malaysia. Terletak di Itaewon, ianya dibuka pada awal tahun 2015. Antara menu paling popular ialah Dakdoritang atau ayam rebus pedas, bulgogi dan yang paling unik mul naengmyeon, iaitu mee yang dihidang sejuk. Seperti Hajj, MAKAN juga menyediakan dosiraks yang dibungkus bagi pelanggan yang inginkan takeouts. Selain dari itu, menu vegan dan vegetarian juga disediakan. Banchan yang disajikan termasuk seaweed (rumpai laut) dan anchovies (ikan bilis).

Tripadvisor memberikan rating 4.5 bintang kepada restoran ini. Untuk ke Itaewon, tren Line 6 boleh dinaiki. Restoran ini terletak berdepan dengan Seoul Central Mosque dan berdekatan dengan Eid Restaurant. Jalan ke sini agak curam dan bertangga. Ianya dibuka dari hari Rabu hingga Isnin pada pukul 10.30 pagi hingga 10.00 malam. Senarai harga menu adalah dari 8,000 ke 12,000 Won. Adalah disyorkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu memandangkan tempat duduk yang ditawarkan di restoran ini agak terhad. Untuk akses ke FB rasmi mereka sila klik di sini.

Alamat : 52, Usadan-ro 10 gil, Yongsan-gu, Seoul 140-911

Nombor Telefon : +82 2-6012-2231

5) BABA Indian Restaurant

Naan

Dimiliki oleh warga Pakistan, restoran BABA terletak di tengah bandar Seoul dalam daerah Dongdaemun. Restoran ini menyajikan makanan India, Pakistan dan Arab yang halal. Aroma rempah ratus dapat dihidu walau dari luar dan pastinya menaikkan rasa ingin mencuba makanan di restoran ini. Antara menu yang paling popular ialah homemade roti naan, lamb kurma, capati, vegetable rolls dan Samosa. Ianya disajikan dengan kari authentic India dan ayam tandoori.

Apa yang menarik disini ialah selain disenarai halal oleh Korea Tourism Organization Malaysia, pelanggan restoran juga boleh memilih tahap kepedasan (spiciness) bagi memastikan ianya kena dengan citarasa tempatan. Senarai harga menu adalah diantara 5,000 untuk menu personal ke 30,000 Won untuk menu keluarga.

Untuk ke sini, pengunjung boleh menaiki tren Subway Green Line dan berhenti di stesen Dongdaemun History & Culture Park. Restoran ini terletak di tingkat 3 basement bangunan dari exit 14 stesen tersebut, BABA dibuka dari pukul 11.30 pagi sehingga 10.0O malam setiap hari.

Alamat : 247, Good Morning City, 3rd Basement Dongdaemun History and Culture Park Station, Gwang Hi Dong, Seoul 100-196.

Nombor Telefon : +82-70-4046-0786

6) Persian Palace

Persian Meal Set

Restoran yang mendapat sijil halal dari Korea Tourism Organization ini menyajikan makanan asli Iran dan India. Persian Palace mula beroperasi pada tahun 2002 dan dimiliki oleh Dr. Shapour, seorang warga Iran. Ianya terletak berdekatan dengan Seoul Sungkyunkwan University. Antara menu pilihan chef di restoran ini ialah Chicken Jungsik iaitu ayam yang digoreng dan disajikan dengan kari delima. Selain itu, Kari Kambing, Lamb Kebab dan Palak Paneer juga termasuk dalam menu yang popular di kalangan pelanggan.

Disenaraikan dengan rating 4.5 bintang dalam tripadvisor, restoran ini bukan sahaja dipuji kerana kualiti masakannya, tetapi juga suasana restorannya yang dihias indah dengan tradisi Persia dari lukisan, permaidani sehinggalah dekorasi dinding.

Menu yang ditawarkan adalah berharga dari 11,000 ke 15,000 Won. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi sehingga 10.00 malam. Untuk ke sini, anda boleh menaiki tren subway line 4 ke stesen Hyehwa. Persian Palace berada dalam jarak 220 meter dari exit 4. Bagi laman rasmi FB mereka, sila klik di sini.

Alamat : 9,Sungkyunkwan-ro 6-gil, Jongno-gu, Seoul

Nombor Telefon : +82-2-763-6050

7) Kervan Kebab

Kebab Set

Rantaian Kervan Kebab yang mendapat sijil halal oleh Korean Muslim Federation ini dimiliki oleh warga Turki. Restoran yang menyajikan Turkish kebab ini popular di Seoul dengan 9 cawangan sekitar Korea Selatan. Kebanyakannya berada di Seoul seperti Seoul Station, Itaewon, COEX Mall dan Gangnam. Menu makanan Turki yang terkenal antaranya ialah salad falafel, lamb shish kebab, cheese pide dan mix barbeque kebab. Mix barbeque adalah hidangan keluarga yang terdiri dari kebab ayam, daging, kambing dan roti lavash. Kervan juga menyediakan menu-menu set seperti Happy Set iaitu kombinasi sup, salad, roti dan menu utama atau kebab pilihan.

Kesemua chef di cawangan restoran ini adalah berasal dari Turki dan mampu menyediakan kebab dengan rasa asli negara tersebut. Selain restoran, Kervan juga mempunyai cawangan bakeri dan kafe. Senarai menu disini adalah dari harga 10,000 sehingga ke 50,000 Won bagi makanan dan 4,000 ke 10,000 Won bagi bakeri dan kafe.

Rata-rata rating bagi rangkaian restoran ini ialah 3.5 ke 4.5 bintang di tripadvisor. Kervan Kebab dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hinggan 10.00 malam. Bagi bakeri dan kafe, ianya dibuka dari 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Bagi laman rasmi mereka, sila klik di sini.

Alamat :

Itaewon : 2F, 190, Itaewon-ro, Yongsan-gu, Seoul 44406

Coex Mall : 513, Yeongdong-daero, Gangnam-gu, Coex Mall B1, Seoul 06164

Nombor Telefon : +82-02-556-4767

Itu dia 7 top halal restoran di Seoul, Korea Selatan oleh Kokonutlist. Bagi yang dah ready trip ke Seoul, jangan lupa masukkan restoran yang dicadangkan di atas ni okay! kamsahamnida dan Selamat bercuti!