Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal

CENCARU antara ikan yang sedap kalau digoreng dan dibakar. Tapi resepi paling popular sekali ialah ikan cencaru sumbat sambal yang for sure antara menu favourite dalam bulan puasa. Selalu kita nampak dijual di bazar-bazar atau pasar malam, harga pula ikut pasaran. So, why not kita cuba buat sendiri untuk buka puasa atau lunch/dinner. Kalau beli cencaru ni di pasar, bolehlah suruh disiang dan belah belakang siap-siap okay. Di bawah ni ialah resepi mudah ikan cencaru sumbat sambal courtesy by Bella Jamal, so, apa lagi, lets try !

Bahan A

  • 3 ekor Ikan Cencaru
  • Serbuk kunyit 2 sudu besar
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Setangkai daun kari

Bahan B (bahan tumbuk)

  • 10 tangkai cili kering (rebus dan kisar dahulu ye)
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit air asam jawa

Cara membuatnya:

Resepi membuat ikan cencaru sumbat sambal
Bahan tumbuk

1) First sekali, tumbuk semua Bahan B tadi. Kemudiannya tumis semua bahan yang dah ditumbuk dengan sedikit minyak sehingga sambal  tersebut wangi dan garing.

2) Kemudian, perasakan dengan garam dan gula secukupnya, jangan terlalu masin ye. Kacau hingga sambal tersebut masak dan sedikit garing. Kemudian angkat dan sejukkan dulu. Dah siap sambal kita.

3) Seterusnya, siang ikan cencaru dan belah bahagian belakangnya. Tips penting: jangan dibuang bahagian kulit keras kat ikan tu ye. Garam dan kunyitkan semua ikan tadi.

ikan cencaru yang telah disiapkan untuk digoreng
Siap disumbat

4) Sumbat sambal yang dah digoreng tadi di bahagian belakang ikan cencaru. Kalau dah terbelah bahagian perut, it’s okay, masukkan saja dalam kedua-dua belah.

5) Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ikan cencaru tadi sehingga masak kedua-dua bahagian, bagi garing sikit ye. Tips penting: Gunakan minyak secukupnya, jangan sampai ikan totally tenggelam. So, masa ikan tu digoreng sambalnya tidak terkeluar.

ikan cencaru sedang digoreng
Digoreng

6) Taburkan sedikit daun kari untuk naikkan bau. Ni extra tips untuk bagi aromanya appealing. Baru naik selera.

7) Toskan minyak dan sedia dihidangkan dengan nasi putih.

Siap menu ikan cencaru sumbat sambal, memang confirm sedap!. Untuk lebih lagi resepi menarik macam ni, boleh klik sini dan di sini okay!