13 Tempat Menarik di Bandar Fremantle, Perth, Australia

Down Under, itu nama panggilan kepada negara Australia yang terletak di hemisfera Selatan ini. Kali ini kita akan bercakap mengenai sebuah bandar kecil bernama Fremantle di Perth, Western Australia, sebuah bandar paling barat di negara Kangaroo  ini. Jadi apa tempat menarik yang boleh dilawati untuk melengkapkan itinerari kita? Jom scroll down!

Fremantle merupakan sebuah bandar pelabuhan yang lama dan terpelihara. Seni arkitek zaman penjajahan awal British masih kuat di sini. Penduduk tempatan, Aussie memanggil bandar ini Freo singkatan untuk Fremantle. Saiz bandar ini yang kecil membuatkan ianya boleh di-explore dalam masa sehari atau dua hari sahaja. Kokonutlist berpeluang ke bandar ini dan dibawah ialah senarai 13 tempat paling best di Freo!

13) Fremantle Railway Station

fremantle travel

 

Stesen keretapi yang terletak di Philmore Street ini dibina pada tahun 1881 dan terletak di tengah-tengah bandar Fremantle. Ianya merupakan bangunan heritage di sini dan masih berfungsi seperti biasa. Stesen ini menghubungkan harbour city dengan bandar Perth. Selain itu, ianya juga berfungsi sebagai Stesen Bas bagi laluan dari Perth Victoria Park. Bagi merasai scenic journey ke sini, Midland Line boleh diambil dari Perth. Info lanjut boleh didapati di Transperth.

 

12) Maritime Museum

fremantle museum

Muzium ini yang terletak di pinggiran lautan Hindi dan Ianya menempatkan semua sejarah Fremantle sebagai bandar pelabuhan termasuk peneroka mutiara. Terdapat beberapa exhibition di sini termasuk Submarine, Pirates, Indian Ocean Gallery dan banyak lagi. Ianya dibuka dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari kecuali cuti umum. Harga tiket masuk ialah 15AUD per person.

 

11) Kidogo Arthouse

fremantle arthouse

Terletak juga di Bathers Bay, ianya merupakan Fremante arts center dengan 2 galeri di dalam bangunan heritage. Bermacam jenis arts exhibition diadakan disini. Selain itu kawasan courtyard sekitarnya yang panoramic juga ialah tapak popular untuk weddings dan live performances.

 

10) Esplanade Park

fremantle esplanade park

Ianya merupakan taman awam percuma yang dilindungi di Fremantle dikelilingi pokok Norfolk Pines. Bagi yang sukakan kehijauan dan laut, Esplanade Park merupakan tarikan terbaik. Ianya terletak di Marrine Terrace berdekatan dengan Fishing Boat Harbour dan Cappuccino Strip. Antara salah satu yang menarik perhatian ramai disini ialah Fremantle Ferris Wheel. Ianya juga merupakan tapak bagi community events, konsert dan festival. Info lanjut mengenai aktiviti disini boleh didapati di sini.

 

9) Bathers Beach

fremantle bathers beach

Bathers Beach merupakan pantai terdekat dengan bandar Fremantle dan dikelilingi beberapa main attractions di bandar harbour ini. Terdapat 3 bahagian utama pantai ini iaitu Manjaree, North dan South. Terletak berdekatan dengan Fishing Boat Harbour, waktu terbaik untuk bersantai di Bathers Bay ialah ketika sunset. Keindahan Indian Ocean pada waktu ini menarik minat warga tempatan dan luar berkunjung ke sini. Antara attractions lain di sekitar Bathers Beach ialah Round House, Maritime Museum, Shipwreck Museum, Esplanade Park dan Kidogo Art House. Bukan sahaja untuk bersantai, dengan pasir pantai yang putih pengunjung juga boleh take a quick swim di Manjaree terutamanya pada musim panas (November hingga Februari). Di South Bathers Bay terdapat Boardwalk yang juga accessible bagi pengguna wheelchair.

 

8) Elizabeth’s Book Shop

fremantle bookshop

Bagi book lovers especially peminat novel, buku sejarah dan komik, Elizabeth Book Shop yang terletak di Queen Victoria Street menyediakan buku-buku yang menarik minat pembaca baik yang baru mahupun terpakai. Terdapat sebuah sudut yang dinamakan ‘blind date with a book‘ di mana buku tersebut dibalut dan tidak diketahui tajuknya. Pembeli boleh memilih dan be surprised dengan buku tersebut, menarik bukan ? Book Shop yang beroperasi sejak tahun 1973 ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

 

7) Round House

fremantle round house

Merupakan antara bangunan tertua di Western Australia, koloni Swan River secara tepatnya. Ianya dibina pada tahun 1830 dan terletak di Bathers Bay Manjaree, di penghujung High Street. Tujuan utama pembinaanya yang bersudut 12 ini ialah untuk menempatkan pesalah yang melanggar undang-undang ketika itu. Antara yang menarik disini ialah Whalers Tunnel yang dibina dibawah bangunan ini oleh Fremantle Whaling Company pada tahun 1837. Tunnel ini digunakan koloni dahulu sebagai laluan bagi pemburuan ikan paus. Kesemua ini dibina dengan formasi limestone yang menjadi sebahagian dari Arthur Head Reserve. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan canon firing pada sekitar pukul 1PM di sini. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

 

6) Westen Australia Shipwreck Museum

fremantle shipwreck musuem

Museum yang dikhaskan untuk penemuan shipwrecks sekitar Australia dan lautan Hindi menyimpan begitu banyak sejarah pelayaran kuasa-kuasa Eropah dan info menarik mengenai laluan rempah pada zaman penjajahan mereka di sekitar Asia Tenggara dan benua hemisfera selatan. Muzium ini berada di dalam sebuah bangunan yang dibina pada tahun 1850an.

fremantle batavia

Antara relik yang paling menarik ialah Batavia yang karam pada tahun 1629 dan The De Vlamingh Dish. Bagi peminat sejarah dunia maritim, muzium ini merupakan a must visit di bandar Fremantle ini dengan artifak dan penemuan yang terperinci pada masa lalu. Tiada bayaran masuk dikenakan.

 

5) Fishing Boat Harbour

fremantle fishing boat harbour

Harbour ini lebih dikenali dikalangan pelancong dan warga tempatan sebagai seafood attractions. Bar dan restoran. Merasai fresh seafood di sini dengan panorama laut, angin sejuk dan deretan kapal layar adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ianya dibuka sehingga malam dan terletak di antara Esplanade Park dan Bathers Bay. Menu utama Fish ‘n’ Chips dan Seafood Platter boleh didapati di 3 restoran utama paling popular di sini iaitu Kailis, Cicerello’s dan Sweetlips.

4) Fremantle Prison

fremantle prison

Penjara terbesar di Australia dan bersejarah yang menempatkan banduan perang dan kolonial sejak tahun 1850an. Ianya brfungsi sebagai penjara sehingga ke tahun 1991. Kini dijadikan muzium dan salah satu daripada world heritage property di Fremantle. Terdapat day dan night tour di dalam kawasan penjara yang diadakan disini masing-masing dengan keunikan tersendiri.

fremantle prison tour

Salah satu day tour ialah Tunnel Tours yang memberikan pengalaman unik kepada pengunjung melalui terowong-terowong kecil dan tangga-tangga yang dibina oleh banduan. Night tours atau torchlight tours membawa pengunjung ke sel-sel dimana banduan ditahan dan diseksa satu masa dahulu dengan cerita-cerita seram. Setiap satu tours ini ditawarkan dengan harga yang berlainan yang boleh disemak disini. Terdapat sebuah hostel disini iaitu YHA yang menyediakan tempat tidur di dalam sel penjara. Fremantle Prison terletak di The Terrace dan dibuka kepada pengunjung dari pukul 9pagi hingga 5petang.

3) Fremantle Market

fremantle market

Antara satu landmark yang popular di Fremantle, market ini dibina pada tahun 1897 dan menjual segala jenis souvenir, minuman dan makanan. Setiap pagi terutamanya pada hujung minggu, pengunjung dan locals akan berada disini bagi mendapatkan morning coffee dan breakfast sambil membeli groceries. Terdapat juga sebuah stall yang menyediakan breakfast ala Malaysia iaitu roti canai, teh tarik dan nasi lemak, menarik bukan.

fremantle coffee

Dari menu seafood, Indian ke vegetarian dan halal boleh didapati di sini. Ambiance yang relax di dalam bangunan heritage semestinya membuatkan ia menjadi tumpuan pengunjung. Selain itu, pelbagai jenis poskad, patches,barangan antik, local souvenirs, shawl dan dresses juga dijual di sini. Jika bernasib baik,terdapat buskers yang akan menghiburkan anda. A must visit place in Fremantle !

 

2) Rottnest Island

rottnest island

Pulau Rottnest ini sendiri menjadi spot utama peminat sea activities di Perth. Rottnest Express ialah salah satu tour company yang menyediakan feri ke pulau ini. Feri tersebut bertolak dari B-Shed Jetty dan Swan River di bandar Perth ke sini. Day tour disediakan untuk ke pulau ini yang terkenal dengan Quokka, sejenis marsupial yang habitatnya hanya di sini. Antara aktiviti lain di sini ialah cycling ke sekitar pulau ini.

 

whale watching

Indian Ocean adalah laluan migrasi Ikan Paus dan salah satu laluannya ialah di sekitar perairan Rottnest Island. Ini menjadikan aktiviti Whale Watching salah satu tarikan utama di perairan ini. Tempahan awal boleh dilakukan untuk migration season iaitu dari September ke Oktober setiap tahun. Sekiranya cuaca buruk, ianya akan dibatalkan. Harga bagi Rottnest day tour dan Whale Watching ialah sekitar 60 – 65 AUD setiap satu. Untuk maklumat lanjut, sila ke website mereka di sini.

 

1) E-Shed Market

fremantle eshed market

Market yang terletak bertentangan dengan B-Shed Jetty merupakan tempat menjual souvenir terbesar di Fremantle. Berpuluh kedai souvenir di dalam bangunan ini yang menawarkan bukan sahaja fridge magnet, tetapi tshirt, sweater, mugs, artworks dan bermacam lagi. Antara yang menarik ialah necklace opal. Opal merupakan salah satu gemstone yang didapati di Australia.

megababes

Terdapat sebuah souvenir shop, Megababes yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Ha, di sini harga souvenir lebih murah dari kedai sekitarnya dan pekerjanya boleh berbahasa Malaysia. Selain itu, souvenir shops sekitarnya juga menjual shawls, dresses, classic records dan potret. Food courts juga disediakan di sini dengan menu Asian dan Western. Terdapat performance dari Live band juga di E-Shed Market ini.

 

Itu dia 13 tempat menarik untuk dimasukkan dalam itinerari, so bolehlah start planning trip ke Fremantle. AirAsia dan Malaysia Airlines menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Perth, dan terdapat perkhidmatan train dan bus oleh Transperth. Bagi warganegara Malaysia, pastikan apply e-visa dulu ya! Selamat bercuti!.