Budget Travel ke Europe: 10 Hari 4 Destinasi (Paris)

Backpacking Ke EUROPE

Destinasi bucket list kebanyakan dari kita. Dari bandar-bandar lama dan senibina istana fairy tales, fashion dan perfumes, budaya dan bahasa. Sememangnya tarikan nak ke sana tu kuat. Tapi lokasi yang agak jauh, cuti dan budget yang nak diguna pakai buat kita berfikir dua tiga kali. Jangan risau lagi, Kokonutlist menyenaraikan 4 bandar Eropah yang boleh dilawati dalam masa 10 hari dengan budget yang rendah! Jom scroll down:

travelling to europe

PARIS (3 Hari)

Transports:

Kebanyakan flight ke Europe mendarat di Paris, jadi untuk mendapatkan tiket yang murah, pastikan destinasinya ialah Kuala Lumpur – Paris CDG (Charles de Gaule). Untuk harga yang terbaik, pilih tarikh penerbangan pada hari weekday dalam bulan non peak ke Europe seperti September.

Dari lapangan terbang CDG ke pusat bandar Paris dan travelling sekitar bandar Paris, pilihan terbaik ialah:

  • Tren: Paris By Train RER B train dari RATP. Ianya boleh dibeli di terminal 2 dari ticket machine berwarna biru (kuning adalah TGV). Harga per person single journey adalah €10.30 ke 3 station utama di Bandar Paris Gare Du Nord, Chatelet atau St. Michel. Dari sini metro boleh diambil.
  • Metro: Bagi penggunaan metro yang banyak (tidak termasuk RER CDG – Bandar Paris), Paris Visite Pass boleh dibeli di mana-mana station metro. Ianya dijual mengikut zon dan hari. Bagi 3 hari di Paris secara bajet, 2 Day Pass untuk Zon 1 – 3 sudah memadai. Harga bagi Paris Visite Pass ialah €19.50 bagi penggunaan tanpa had RER, Metro, Bus dalam zone ini selama 2 hari.
  • Zone: Sekiranya itinerari termasuk Palace of Versailles dan Disneyland yang masing-masing berada dalam zon 4 dan 5, 2 Day Pass bagi zon 1 – 5 ialah €39 untuk 2 hari. Pro bagi pilihan ini ialah ianya boleh digunakan untuk RER dari Lapangan Terbang CDG ke Bandar Paris dengan tiket yang sama.

Ringkasan: Untuk travelling ke tarikan utama dalam Zon 1-3 Bandar Paris untuk 2 Hari (Visite Pass) dan RER B dari lapangan terbang CDG ialah 19.50 + 10.30 = €29.80

Manakala untuk travelling Zon 1 – 5 (termasuk lapangan terbang CDG, Versailles dan Disneyland) selama 2 hari (Visite Pass) ialah €39. Visite Pass mesti disahkan (validate) kali pertama penggunaan di mesin metro/RER.

the train system in paris
Paris By Train

Stays:

Kebanyakan hotel di Bandar Paris adalah costly dan agak mahal bagi budget travellers. Cara terbaik untuk berjimat dalam penginapan adalah hostel. Kebanyakan hostel di Paris berharga purata €30 semalam untuk dorm 4 orang. Pilih hostel yang berdekatan dengan metro station, mempunyai wifi dan yang terbaik ialah free breakfast. Terdapat 20 ARR atau arrondissement di Paris. Antara kawasan terbaik ialah ARR 4 Le Marais, ARR 18 Montmarte, ARR 5 The Latin Quarter, ARR 11 Bastille dan ARR 10 Gare Du Nord. Antara hostel pilihan Kokonutlist yang menawarkan harga terbaik dan berpatutan ialah:

  • Le Montclair Montmartre by HipHopHostels: Lokasi Montmarte, harga purata 3 hari 2 malam €60
  • St Christopher’s Inn Gare du Nord: Lokasi Gare Du Nord, harga purata 3 hari 2 malam €65
  • Vintage Paris Gare du Nord by HipHopHostels: Lokasi Gare Du Nord, harga purata 3 hari 2 malam €65
  • Generator Paris: Lokasi Gare Du Nord, harga purata 3 hari 2 malam €70
  • Absolute Paris Boutique Hostel: Lokasi Bastille, harga purata 3 hari 2 malam €75

Ringkasan: Purata penginapan hostel budget 3 Hari 2 Malam di Paris ialah €60. Untuk semakan harga dengan hostel budget yang lain-lain, boleh ke Hostelworld atau Hostelbookers.

paris budget travel
Hostel Room in Paris

Attractions:

Kebanyakan main attractions di Bandar Paris ialah percuma. Jadi jangan risau terhadap kos yang tinggi. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tarikan yang memerlukan tiket. Dibawah ialah senarai main attractions, lokasi dan fare zone (bagi penggunaan Paris Visite Pass).

  • Champs-Elysees dan Arc De Triomphe: Fare Zone 1, ARR 8, stesen metro terdekat ialah CDG Etoile (Line 6). Akses sepanjang jalan percuma . Akses dengan tiket untuk Arc de Triomphe tower ialah €12 (10AM – 10.30PM). Lokasi shopping untuk high-end brand dan monumen kota Paris.
  • Eiffel Tower: Fare Zone 1, ARR 7, stesen metro terdekat ialah Bir Hakeim (Line 6) dan Champ De Mars  – Tour Eiffel (RER C). Untuk masuk ke dalam Eiffel Tower dan akses ke tingkat 2 , bayaran tiket ialah €10 (9AM – 12AM). Ikon Kota Paris, dibina pada tahun 1889 untuk Exposition Universelle, Perancis.
  • Champ De Mars:  Fare Zone 1, ARR 7, stesen metro terdekat ialah Ecole Militaire (Line 8). Akses ke park is free of charge dengan view terbaik Eiffel Tower.
  • Trocadero: Fare Zone 1, ARR 16, stesen metro terdekat ialah Trocadero (Line 6 dan 9). Street performer dan view terbaik Eiffel Tower.
  • Sacre Coeur: Zone 1, ARR 18, stesen metro terdekat ialah Anvers (Line 2). Akses free of charge (6AM – 10.30PM). Gereja Roman Katolik dibina pada tahun 1914. Berada dalam kawasan Montmarte, antara tarikan lain (by walking) terkenal dengan Bohemian architeture, Rue de Steinkerque untuk souvenir shopping dan Moulin Rouge, cabaret terkenal sejak 1889.
  • Pantheon: Zone 1, ARR 5, stesen metro terdekat ialah Cardinal Lemoine (Line 10). Akses free pada hari-hari tertentu, untuk had umur 18 – 25 dan €9 untuk 25 ke atas (10AM – 6PM). Monumen abad ke 18, warisan Perancis.
  • Jardin de Luxembourg: Zone 1, ARR 6, stesen terdekat ialah Luxembourg (RER B). Akses ke Garden adalah percuma (7.15 AM – 8.45PM). French dan English Garden dengan latar belakang istana dibina pada 1612.
  • Notre Dame: Zone 1, ARR 4, stesen metro terdekat ialah Cite (Line 4). Akses ke hall utama adalah percuma (8AM – 6.45PM) dan tiket ke tower adalah €10 (10AM – 6.30PM). Gereja Gothic zaman Medieval. Dari sini, hanya 600M ke Fontaine St. Michel, 1858 dan keseluruhan Latin Quarter.
  • Galeries LaFayette: Zone 1, ARR 9, stesen metro terdekat ialah Chausee d’Antin La Fayette (Line 7 dan 9). Akses percuma (11AM – 8.30PM). Shopping Mall untuk branded items dibina pada tahun 1912.
  • Musee de Louvre: Zone 1, ARR 1, stesen metro terdekat ialah Palais Royal Musee De Louvre (Line 1 dan 7). Akses masuk ke Muzium dengan tiket €15 (9AM – 6PM), akses ke dataran Pyramid de Louvre adalah percuma. Muzium seni terbesar di dunia dan bangunan bersejarah di Perancis dan ikon Piramid kota Paris.
  • Le Marais: Zone 1, ARR 3 dan 4, stesen metro terdekat ialah Hotel de Villa (Line 1 dan 11). Antara bandar tertua di Paris dengan seni arkitektur menarik. Tarikan utama sightseeing (by walking) adalah Rue de Rivoli, Rue Francois Miron, Rue du Roi de Sicile, Rue des Rosiers, Rue des Francs Bourgeois dan Garden Place des Vosges.
  • Bastille: Zone 1, ARR 11, stesen metro terdekat ialah Breguet – Sabin (Line 5). Bandar yang kian meningkat namanya dikalangan travellers. Tarikan utama (by walking) adalah Place de la Bastille (kubu revolusi Perancis), Opera House, restoran dan art market.
  • Seine River Cruise: Zone 1, ARR 7, stesen terdekat ialah Champ de Mars Tour Eiffel (RER C). Antara cruise dengan harga terendah ialah Bateaux Parisiens, cruises with commentary €15 (9AM – 9PM). Melalui main attractions di sepanjang Seine River selama sejam. Jetty berada bersebelahan Eiffel Tower
  • Palace of Versailles: Zone 4, stesen terdekat ialah Gare de Versailles Château Rive Gauche (RER C). Akses ke Palace ialah €20 dengan beberapa jenis tiket (9AM kecuali Isnin), akses ke park dan garden adalah percuma. Tapak Warisan Dunia dan Kediaman diRaja Perancis  dari tahun 1682 (Louis XIV) sehingga Revolusi Perancis 1789 (Louis XVI).
  • Disneyland Paris: Zone 5, stesen terdekat ialah Gare de Marne-la-Vallée Chessy (RER A). Akses dengan tiket berharga dari €55 dengan beberapa jenis tiket (10AM – 9PM). Taman Tema Disney terkenal di Eropah.

Ringkasan: Kos purata basic visit untuk attractions berbayar tanpa Palace of Versailles dan Disneyland ialah €40

Manakala kos purata basic visit untuk attractions berbayar dengan Palace of Versailles dan Disneyland ialah €115

cost to travel to europe
Paris Luxembourg Palace

Eats:

Bagi eatery dan makanan dengan harga yang berpatutan sekitar bandar Paris, jenis makanan memainkan peranan yang penting, iaitu:

  • Bakery: seperti sandwiches, croissant, baguette atau pain au chocolat. Purata €2
  • Crepes: dengan filling cheese, eggs, vegetarian atau chocolat. Purata €5
  • Kebab: dengan filling lamb, chicken dan beef. Purata €7
  • Falafel: dengan filling lamb, chicken, tomato. Purata €10
  • Street Food Market: Fruits, Asian, Mideastern dan Western dish. Purata €8
  • Fastfood: McDonalds dan Burger King. Purata €8
  • Drinks: Cafe (Kopi) kebanyakan purata €3 dan Mineral water €0.50

Ringkasan: Purata kos basic untuk makan dan minum sehari ialah €10 dan untuk 3 hari ialah €30

eating in paris
Crepe

Conclusion/Rumusan:

Purata keseluruhan kos bagi travelling ke Bandar Paris secara basic untuk transport, stay, attractions dan eats untuk 3 hari 2 malam ialah €160. Dari Paris, kita akan ke bandar Eropah seterusnya, BRUSSELS!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *