Top 3 Kepulauan Tercantik Malaysia Untuk Instagram Fans

Social media terutamanya di Instagram feed  dipenuhi dengan gambar-gambar menarik dari sekitar tropical beaches didunia. Kalau dalam mood nak berholiday atau berangan ni, apa lagi, laju kita klik pada komen-komen untuk nak tahu dimana lokasi pantai ini. Confirmlah rancak meneka ‘mesti Maldives, Phuket atau Bali ni’. Akan tetapi Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang cantik dengan crystal clear water dikelilingi hutan tropika dan resort bertaraf dunia, menunggu je untuk di upload dalam insta. So, kalau tengah nak merancang untuk bercuti atau short trip sambil memenuhkan instafeed, berikut kami senaraikan Top 3 pantai dan kepulauan tercantik di Malaysia yang boleh dikunjungi!

 

3) Kepulauan Mabul & Semporna

travelling to mabul island
Mabul Island

Sebut sahaja Mabul dan Semporna ni ramai yang risau akan aktiviti lanun dan keselamatan diri. However, did you know that Mabul pernah dinobatkan antara 10 pantai tercantik didunia dengan Pulau Sipadan dilabel sebagai ‘an untouched piece of art’ oleh Jacques Cousteau. Sipadan juga dikenali antara best dive spot di dunia bagi peminat scuba diving dengan kekayaan biodiversiti marinnya. Mabul dan kawasan laut sekitarnya kini bebas lanun dengan pantauan ketat oleh Tentera Laut Malaysia. Oleh yang demikian pulau-pulau ini sekarang bebas dari aktiviti ekstrimis dan selamat untuk pengunjung dari serata dunia. Yeay!

diving in mabul sea
Scuba Diving in Sipadan

Pulau Mabul dan pulau-pulau sekitarnya sangat sesuai bagi mereka yang gemarkan adventure dan nature photography. Bagi yang ingin belajar dan memperolehi  skuba certificate, Mabul memang tempat yang paling best bagi kursus tersebut. Dengan kebiruan laut Celebes dan keindahan batu karangnya, pasti terpukau. Camera waterproof is a must bagi aktiviti ini okay!. Bagi peminat aktiviti laut such as snorkeling dan island hopping pula, terdapat banyak pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan disini. Antara yang paling menarik ialah  Hugs Project by Laili Basir yang mempromosikan tourism dengan education . Dana yang diperolehi dari Hugs Project Tour juga digunakan untuk membantu dan membangunkan ekonomi penduduk tempatan di Semporna, terutamanya Bajau Laut. Photography by Laili Basir juga profesional dan of course cantik!. Kokonutlist menyokong penuh dan recommended Hugs Project untuk yang merancang ke Mabul dan Semporna!

islands in celebes sea
Selakan Island by Hugs Project

Kebanyakkan snorkeling dan dive site adalah dalam lingkungan Taman Laut Tun Sakaran. Antara pulau-pulau yang instagramable dan menjadi fokus pengunjung ialah, Kapalai, Sibuan, Mantabuan, Bohey Dulang, Selakan, Bodgaya, Timbun Mata, Mataking dan PomPom.

Bohey Dulang dan Bodgaya sangat popular dikalangan hiking lovers. Dengan ketinggian 600meter dari aras laut, ianya memerlukan hikers bersedia dengan kasut yang sesuai. View Taman Laut Tun Sakaran atau Tun Sakaran Marine Park dari puncak Bohey Dulang ni tersangatlah wow, jaw dropping beb!. Ternyata keletihan dari aktiviti hiking tu hilang dengan kecantikan alamsemulajadi disini yang for sure di upload masuk dalam social media page: insta, fb dan twitter.  Aktiviti hiking  like this  pula baik untuk kesihatan tubuh badan, gaya hidup aktiflah katakan. #hikingfans .

hiking in borneo islands
Bohey Dulang

Bagi yang gemarkan snorkeling dan bersantai lepak-lepak disepanjang pantai, Sibuan, Selakan dan Mataking adalah destinasi yang paling sesuai. Dengan keindahan coral, kejernihan air dan pasir yang putih halus, pastinya menarik perhatian dan menenangkan fikiran, a peace of mind. Pastikan bersedia dengan Go-Pro kalau ada, bagi mendapatkan pic terbaik sekitar pantai. Sambil-sambil tu hayatilah khazanah alam disini. Bagi yang memiliki drone, hampir keseluruhan pulau Sibuan dan Mataking ni dapat dicaptured dari udara kerana kedua-dua pulau ini bersaiz hanya lebih kurang 3 – 4km je, menarik kan?!. Selain dari itu, terdapat juga couples yang mengambil peluang ini untuk capture pic pre and post wedding mereka. Dengan latarbelakang laut Celebes, Memang idea lain dari yang lain, so why not ?.

Travelling to Malaysian Borneo
Bajau Laut di Kepulauan Mabul

Dalam pada itu, ambil peluang semasa berada di kepulauan Mabul ni untuk belajar tentang cara hidup dan budaya kaum Bajau Laut yang merupakan etnik utama yang tinggal di pulau-pulau sekitar Mabul dan Semporna. Ringankan tangan menyumbang pada ekonomi mereka juga ye, at least dapatlah membantu serba sedikit. Tak salah bergambar dengan Bajau Laut atau Sea Gypsies ini yang kaya dengan budaya unik. Satu platform bijak untuk bagi kesedaran kepada umum melalui socmed tentang lifestyle dan kehidupan salah satu kaum di Malaysia yang agak terpinggir #instagramawareness

So, untuk ke sini, lapangan terbang terdekat ialah Tawau. AirAsia dan MAS menawarkan daily flights ke Tawau dari KLIA, jadi rajin-rajinlah semak promosi mereka ya !. Dari Tawau terdapat bas dan teksi ke bandar kecil Semporna, atau boleh buat booking awal dari resort dan hotel yang kebanyakannya menyediakan servis pickup dari airport. Bagi resort dan guesthouse, hampir kesemuanya beroperasi di Pulau Mabul dengan hotel-hotel lain di sekitar Semporna. Resort dan hotel selalunya mempromosi scuba diving dan snorkeling untuk pengunjung. Selalunya, khidmat ini disediakan oleh local tour agency yang dipercayai.

 

2) Kepulauan Mersing

travelling to east coast peninsular
Rest and Relax at Pulau Tinggi

Mersing is an island ?. Sebenarnya tak, Dipanggil kepulauan Mersing kerana terdapat lebih 5 pulau surrounding daerah ni seperti Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Besar, Pulau Maldives atau Rawa dan Pulau Rahsia. Kesemua pulau ini mempunyai identiti tersendiri. Untuk ke pulau-pulau ni, kebanyakannya melalui bot dari Jeti Mersing di Johor.

Dengan keindahan coral dan turquoise clear water, pulau-pulau sekitar Mersing ini boleh buat kita terpegun kejap. Kalau dapat angle yang tepat, pic awesome dan terbaik dapat diambil dan di upload dalam instagram for sure! #instanature .Bagi yang sukakan keindahan dasar laut dan sandbanks, Pulau Sibu dan Pulau Rawa or Maldives versi Malaysia ni adalah destinasi yang tepat untuk experience tersebut. Boleh full memori smartphone dengan jumlah pics nanti. Ha, kalau nak tahu, coral formation dasar laut dua pulau ini adalah antara yang terbaik di Malaysia okay.

Percutian ke Mersing
Pulau Sibu

Pastikan camera tu waterproof untuk imej terbaik underwater. Dalam pada itu, snorkeling di laut China Selatan ini pasti membuatkan kita excited!. Sandbank di Pulau Maldives memang setaraf namanya. Kehalusan pasir dengan kebiruan laut dikiri dan kanan adalah perfect spot bagi gambar terbaik untuk socmed dan portfolio. Sambil syok berinsta dengan beratus like ni, kita educate diri sendiri dan generasi muda juga untuk terus menjaga khazanah alam ini dari dimusnahkan oleh pembangunan dan pelancongan ekstrim #saveourplanet .

Pulau Rawa in East Coast Peninsular Malaysia
Pulau Rawa by Johornow

Bagi peminat photoraphy berkaitan gua dan dasar laut berbatu, Pulau Rahsia adalah lokasi paling best bagi tujuan ini. Terdapat dua pulau yang mempunyai landscape ini, Pulau Rahsia 1 dan 2. Kawasan laut berbatu membuatkan air laut di pulau Rahsia ni lebih jernih dari yang lain dan dapat ditembusi dengan mata kasar sampai ke dasar laut, amazing ke tidak?. Kelainan bentuk muka bumi ini dengan gerbang laut akan memberi sentuhan menarik untuk posting anda di social media. Gua-gua kecil yang terdapat disini dapat diterokai dengan mudah sama ada by foot, snorkeling atau freediving. Ini menjadikan Pulau Rahsia lain dari gugusan Kepulauan Mersing. Geografi berbatu ini agak tajam dan memerlukan konsentrasi yang tinggi ye, jadi berhati-hati sikit bila explore pulau ni #instawithbrain

Islands in east coast peninsular Malaysia
Pulau Rahsia

Bagi yang gemar stay at resort holiday, relax dan memerlukan kemudahan tempat tinggal, Pulau Besar dan Pulau Tinggi mempunyai banyak resort-resort yang boleh di book. Pantai disekitar resort-resort ini dan seni arkiteknya is instagram worth. Selain itu juga bagi blogger-blogger yang mencari idea untuk artikel mengenai travel dan accomodation, it is a perfect place for you. Dua pulau ini sesuai bagi yang lebih gemarkan suasana relax dan santai. Tambahan lagi, terdapat kampung-kampung kecil disini, so, bolehlah merakamkan kehidupan seharian penduduk pulau yang rata-ratanya pengusaha resort, nelayan dan penternak ikan. Kawasan sekitar pulau ini kaya dengan hidupan laut dan coral life yang besar. Bagi #instalifestyle fan and followers, This place memang memenuhi kriteria untuk  ke socmed feed.

Untuk ke sini, jalan darat diperlukan ke jeti Mersing atau Tanjung Leman. Lapangan terbang terdekat ialah Senai dan KLIA. Info untuk jadual bot ke Kepulauan Mersing dapat disemak di laman web resort-resort pilihan yang menyediakan private boat ke pulau-pulau ini.

 

1) Gugusan Perhentian dan Redang

Pulau Perhentian di Malaysia
Snorkeling di Perhentian

Satu nama yang tidak asing lagi bagi kita, dikenali sebagai pulau terbaik di semenanjung Malaysia dengan ekosistem yang terpelihara, memukau dan antara diving spot terbaik dunia. Pulau Perhentian dan Redang yang lokasinya juga di Laut China Selatan adalah kepulauan yang kaya dengan keindahan alam lautnya. Boleh dikatakan Perhentian ni adalah antara pulau yang paling banyak kita jumpa pics di instagram dan fb dalam kategori pulau tercantik Malaysia followed by  sister islands nya, Redang dan Lang Tengah, dan semua ni berada dalam perairan negeri Terengganu. So, apa yang membuatkan gugusan Perhentian dan Redang ini menarik untuk kita selain corals dan pantainya ?

walking in an island in east coast peninsular malaysia
Perhentian Island

Okay, first sekali, terdapat beberapa spesis penyu yang hampir pupus masih menjadikan gugusan ini sebagai persinggahan mereka, seperti leatherback dan green turtle atau penyu agar. Di Redang, antara yang terkenal ialah Pantai Pasir Panjang bagi konservasi penyu. Hasilnya, banyak NGO dan Environmentalist yang meletakkan fokus dan kawasan konservasi di kepulauan ini bagi meneruskan kelangsungan spesis tersebut. Bagi fan #instaawareness atau page-page aktivis alam sekitar, ini adalah spot terbaik bagi tujuan tersebut. Dengan gambar yang for sure akan menarik perhatian, caption dalam bentuk education dapat disertakan untuk outcome positif dikalangan social media user tentang pentingnya menjaga ekosistem laut ini, jangan nak dapat like je.

Underwater in South China Sea
Penyu di Taman Marin Perhentian dan Redang

Redang dan Perhentian berkongsi taman marin Terengganu yang luas, terletak sebahagian besar di Pulau Redang dan sebahagian kecil di Pulau Perhentian. Oleh itu, aktiviti snorkeling dan diving di gugusan ini pastinya tidak menghampakan. Bukan penyu saja ye, di sini ada juga peluang melihat dengan lebih dekat beberapa spesis jerung dan manta rays. Captured by camera, experience macam ini pasti boleh di share di feed social media, baik blog atau instagram.

Windmill in Perhentian Island Malaysia
Kincir Angin di Perhentian

Ramai yang tidak tahu yang Perhentian juga adalah sanctuary kepada migratory birds atau burung hijrah kerana lokasinya dan hutan tropika yang tidak terusik. Bagi yang minat dengan birdswatching, semestinya tempat ini dapat provide the best picture dan sambil-sambil tu tambah pengetahuan tentang wildlife negara sendiri. Hasil terbaik bagi fan flora dan fauna adalah masa explore dan hiking ke dalam area hutan tropika di sini, merentasi pulau. Bonus semasa hiking ni ialah kincir angin atau windmill yang terdapat di Pulau Perhentian Kecil. Favourite spot dalam socmed.

white sandy beach in Redang island
Resort di Pulau Redang

Perhentian ni pula terbahagi kepada dua iaitu Besar dan Kecil dan setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri. Perhentian Besar lebih menawarkan resort-resort dengan fasiliti terbaik manakala Perhentian kecil lebih fokus kepada campers dan hotel budget. Pulau Redang juga kebanyakannya menawarkan luxury resort kepada travellers. SCUBA dan PADI course juga offered by dive centres di kedua-dua pulau ini. Tong Laut dive site di Perhentian adalah salah satu yang paling popular untuk fan diving manakala di Redang pula, Tunnel Point iaitu di utara pulau tersebut.

Jeti Pulau Lang Tengah

Dari segi keindahan pantai, kedua-dua pulau ini mempunyai breathtaking view for sure dengan 3 pulau yang uninhabited iaitu Susu Dara, Rawa dan Serenggeh berada dalam kawasan sekitar Perhentian. Pantai Pasir Panjang dan Teluk Dalam di Redang pula agak popular di kalangan tourist sebab keluasan pantai. Tetapi bagi yang nakkan kelainan, pantai Lang Sari di Pulau Lang Tengah yang terletak diperantaraan Perhentian dan Redang adalah the perfect spot untuk best picture. Bagi yang sukakan adventure seperti windsuring, sailing dan deep sea fishing, Perhentian dan pulau-pulau sekitarnya memang menawarkan semua ini. Cliff Jumping pula sangat popular di Batu Kuching, Pulau Lang Tengah. Rare pic untuk instagram feed kan !.

Keseronokan di pulau perhentian Malaysia
Sunset di Perhentian!

Nightlife di Perhentian Kecil, especially Long Beach dengan unggun-unggun api disepanjang pantai dan ditambah lagi dengan cahaya bulan yang reflect di laut, pheww memang memberikan Perhentian identiti yang tersendiri. To capture this magnificent view, pastikan night mode diaktifkan dan filter yang sesuai digunakan. #nightlife . Di Redang pula, resort sepanjang pantai menyediakan restoran dan bar untuk pengunjung yang ingin mingle around, relax and have a drink.

Untuk ke Pulau Perhentian, bot boleh dinaiki dari Jeti Kuala Besut manakala untuk Redang dan Lang Tengah ialah dari jeti Merang atau Shahbandar. Lapangan terbang terdekat ialah Kuala Terengganu dan Kota Bharu manakala bagi Redang, Berjaya Air menawarkan direct flight ke pulau tersebut. Bas dan Teksi boleh dibook untuk ke Jeti-Jeti yang dinyatakan dari lapangan terbang Kuala Terengganu dan kota Bharu. Important note, kesemua pulau ini ditutup kepada pengunjung pada musim monsoon atau tengkujuh iaitu November hingga Februari setiap tahun.

There you go top 3 pulau percutian tercantik untuk fotografi dan instagram fans. Pastikan korang share you best picture di insta dan hashtag #kokonutlist okay!