20 Pantun Politik PRU 14

Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Parti-parti yang bertanding juga telah mula menampal poster-poster calon dengan logo beserta slogan-slogan untuk menarik pengundi. Ingat, Undi itu adalah rahsia dan hak anda. Untuk sekadar hiburan, ikutilah seloka pantun parti politik dibawah !

 

UMNO

UMNO (United Malays National Organisation)

Jalan berlenggang songkoknya mereng,
Sudahlah mereng tersenyum pula,
Yang hitam manis duduk menjeling,
Sudah menjeling ketawa pula.

 

MyPPP

PPP (People¬†‘s Progressive Party)

Mana kias mana senandung intan,
Yang tak lekang dek panas tak kan usang dek hujan,
Usah sunyi lena didodoi zaman,
Atau hanya tinggal kenangan.

 

PAN

AMANAH (Parti Amanah Negara)

Puncak gunung puncak kencana,
Pohon meranti condong kehulu,
Bulan ku renung tuan disana,
Di dalam hati resah selalu.

DAP

DAP (Democratic Action Party)

Secangkir susu belum dipinta,
Sudah sedia diatas dulang,
Fikir dahulu sebelum kata,
Lidah berbisa bukan kepalang.

MCA

MCA (Malaysian Chinese Association)

Jenuh padang disinggahi,
Jenuh darat dijejaki,
Singkat akal dipanjangkan,
Singkat kasih diturunkan,
Akal semakin keliru,
Mana lagi arah tuju.

PKR

PKR (Parti Keadilan Rakyat)

Raja Alang Putera Mahkota,
Ahai junjungan rakyat jelata,
Baiklah kita berjaga-jaga,
Tidaklah manis, selalu terkena.

HR

HR (Parti Harapan Rakyat Sabah)

Langit terbentang menjadi saksi,
Dendam lama tak mungkin terpadam,
Sedih terasa di dalam hati,
Bila mengenang derita silam.

PBS

PBS (Parti Bersatu Sabah)

Hendaklah hendak hendak ku rasa,
Puncaknya gunung hendak ditawan,
Tidaklah tidak tidak ku daya,
Tingginya tidak terlawan.

PPBM

PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)

Masyhurkan Ceritakan,
Selama hasrat membara,
Alunkan Iramakan,
Selagi hayat dijulang masa.

PSM

PSM (Parti Sosialis Malaysia)

Ku sulam kasih emas berbenang emas,
Orang bertaruh baiknya rupa,
Walaupun kasih balas tidak berbalas,
Tidakku kesal itu jadinya.

PBB

PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)

Apa ditunjuk tanah seberang,
Entahkan ladang entahkan tidak,
Apa dirajuk padanya orang,
Entahkan sayang entahkan tidak.

GERAKAN

GERAKAN (Parti Gerakan Rakyat Malaysia)

Resah jangan diharap,
Pagi yang cerah bawa bersenda,
Usah bagaikan dedap,
Sungguhpun merah harum tiada.

PAS

PAS (Parti Islam Se-Malaysia)

Mana kemudi patah dikerat,
Berapa luas biduk kelana,
Binasa budi padah melarat,
Kerana emas sanggup dihina.

UPKO

UPKO (United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation)

Perawan kampung petik cempaka,
Dipetang redup lalu berseri,
Jangan dicanggung adat pusaka,
Sepanjang hidup malu sendiri.

SUPP

SUPP (Sarawak United Peoples Party)

Serindit putih di dahan manggis,
Kemana pergi burung kenari,
Langit merintih awan menangis,
Lukanya hati tanggung sendiri.

PRM

PRM (Parti Rakyat Malaysia)

Kian lama ku terperangkap,
Jiwa merana dan memerap,
Pernah terbina hidupku gelap,
Tiada makna tak guna cakap.

MIC

MIC (Malaysian Indian Congress)

Suara mersik burung kenari,
Bagai meraut rotan sebatang,
Tiada nasib untuk dicari,
Bagai melukut tepian gantang.

WARISAN

WARISAN (Warisan Anak Sabah)

Petiklah gambus taqaslim laku,
Tegap kekuda langkahnya sasa,
Bukan bendalu kita teraju,
Berkorban raga tegakkan bangsa.

PRS

PRS (Parti Rakyat Sarawak)

Tika janji semakin luka,
Demi maruah rela berkorban,
Terkujur tubuh rakyat jelata,
Rebah mereka dalam tangisan.

MU

MU (Malaysian United Party)

Pukullah gendang hai kulit kerbau,
Dalam majlis tari-menari,
Sayalah ini bang hoi dagang merantau,
Mengharap belas orang di sini.

 

Senikata dipetik dari lirik-lirik lagu Melayu asli hasil cipta Suria Records (SRC)