The Lengkuas Cafe, Warisan Resepi Turun-Temurun

Terletak di Argyll Road, restoran ini baru dibuka pada bulan Februari lalu. So, apa yang menariknya restoran ini dari yang lain ?. Ha, kalau nak tahu, kesemua menunya adalah resepi warisan turun-temurun di Pulau Pinang. Restoran yang dimiliki oleh Yus ini menyediakan sendiri rempah untuk menu yang disediakan. Rempah yang dikisar mengikut resepi bondanya ini menjadikan rasa dan tekstur masakan tidak sama dengan restoran lain yang menyediakan menu sama.

Laksa Cik Umi

Kenapa Lengkuas dipilih sebagai nama restoran ini ? Yus memaklumkan kebanyakan resepinya memerlukan lengkuas sebagai ‘secret ingredient’ terutamanya laksa. Yes, Laksa Cik Umi dengan lengkuas adalah satu menu yang paling rare dan mesti dicuba. Sekali kena memang terangkat bak kata orang Pulau Pinang.

Yus berkata seluruh sanak keluarganya memang menggemari laksa ini semasa kenduri dan Hari Raya. Oleh yang demikian, kini beliau meluaskan rasa tersebut ke restoran miliknya ini sebagai salah satu menu pilihan. Kalau nak tahu, tiada satu pun menu disini yang disediakan dengan pes segera kerana semuanya disediakan sendiri oleh keluarga Yus.

Nasi Kacang

Antara salah satu menu yang menarik minat pengunjung di Lengkuas Cafe ialah Nasi Kacang. Pada penduduk luar dan kebanyakan generasi muda Pulau Pinang, menu ini jarang didengar. Ini kerana, ianya adalah makanan tradisi rakyat Pulau Pinang yang digemari satu masa dahulu.

Serabai

Bagi menghidupkan semua makanan tradisi, ianya dihidangkan bersama Daging Masak Hitam mamak yang memang kena dengan rasa lemak nasi kacang. Nasi Kacang dan juga Serabai dihidangkan sebagai menu tradisi negeri disini.

Set Terbaru Roti Benggali dan Roti Jala

Salah satu menu yang pasti menggamit mata pelanggan restoran ini ialah roti benggali dengan gulai daging. Sarapan yang sangat terkenal bagi penduduk Pulau Pinang yang kebanyakannya berdarah campuran India Muslim dan Melayu. Bagi yang ingin tahu rasa unik menu ini, bolehlah berkunjung ke sini ye !

Yus yang juga bekas pekerja salah sebuah bank di sini meninggalkan kerjayanya itu untuk merealisasikan cita-citanya membuka sebuah restoran. The Lengkuas Cafe juga menyediakan menu wajib iaitu Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah bagi yang rindu pada menu ini yang selalu kita nampak di kenduri-kenduri kahwin. Ianya dihidangkan dengan acar timun dan sayur buncis.

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Dekorasi The Lengkuas Cafe menarik dengan gambar-gambar keluarga Yus dari zaman hitam putih bondanya ke generasi kini keluarga mereka. Suasana restoran yang berkonsep santai juga sangat selesa dan sesuai untuk seisi keluarga.

The Lengkuas Cafe sedia menerima kunjungan anda

Antara yang paling menarik ialah pokok-pokok lengkuas yang ditanam dihadapan restoran. The Lengkuas Cafe menyediakan kawasan outdoor dan indoor bagi pelanggan mereka dan sedia menerima tempahan bagi birthday dan reunion party.

Anak kelahiran Air Itam, Pulau Pinang ini juga menyediakan sendiri sajian dessert yang dijual di sini seperti Cheese Cake, Bubur Pulut Hitam dan Serawa Pisang.

Serawa Pisang

Beliau sememangnya mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang bakeri dan menjadikan cafe ini sebagai tempat mencipta pelbagai jenis kek hasil kreativitinya. Menu disini sangat berpatutan harganya iaitu antara RM5 – RM20.

Cheese Cake

Bagi yang bercuti ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini. The Lengkuas Cafe beroperasi pada pukul 12 tengahari sehingga 9 malam berlokasi di Argyll Road berdepan dengan MinGood Hotel. Bagi maklumat lanjut boleh ikuti laman FB dan Instagram mereka atau hubungi The Lengkuas Cafe di 0164147214 !