11 Tempat Menarik di Ho Chi Minh City

Ho Chi Minh City atau nama lamanya Saigon adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan terkenal sebagai ‘syurga’ shopping bagi pelancong Malaysia. Bandar yang berkeluasan 2,096 km persegi ini merupakan yang kedua terbesar di Vietnam selepas Hanoi di utara negara berbahasa Tieng Viet ini. Saigon ditukar namanya ke Ho Chi Minh untuk mengingati ketua revolusi komunis di negara itu. Lapangan terbang utama bandar ini ialah Tan Son Nhat International Airport. Jadi apa tempat menarik yang boleh dilawati di sini?. Ha team Kokonutlist kali ini menyenaraikan itinerary 4 hari 3 malam (4D3N) untuk panduan yang nak ke sini! Jom scroll down:

DAY 1 :

Saigon Fine Arts Museum

Museum in Saigon
Saigon Fine Arts Museum

Ramai yang tidak tahu tentang kewujudan muzium ini. Bagi yang sukakan arts and culture, muzium ini boleh dijadikan singgahan dalam itinerary.

Lokasinya di 97A Pho Duc Chinh Street adalah tidak jauh dari city centre. Muzium ini mempamerkan hasil seni warga tempatan yang pelbagai dari seni lukis ke seni arca. Kebanyakannya berlandaskan budaya masyarakat tempatan dan ilustrasi zaman perang ‘The Vietnam War’. Terdapat 3 bangunan di dalam Muzium ini yang setiap satunya berbeza iaitu seni moden, arkeologi dan budaya. Bangunan muzium ini ialah tinggalan zaman Perancis, jadi reka bentuknya agak kolonial dengan elemen Eropah yang ketara.

Saigon Arts Museum
Modern Arts

Banyak yang boleh dipelajari di sini terutamanya bagi mereka yang berminat dalam bidang arts dan sejarah masyarakat Champa dan penemuan arkeologi. Ada dari dinding di sini yang diwarnai dengan mural oleh artis tempatan dengan maksud tersirat. Hasil penemuan arkeologi di utara Vietnam juga dihebahkan disini bagi memberikan informasi tentang tamadun awal negara ini.

Salah satu keunikan di sini ialah pameran lukisan oleh kanak-kanak Vietnam yang ditampal di dinding tingkat bawah. Pembabitan kanak-kanak dalam muzium seni adalah sesuatu yang jarang kita nampak. Tiket masuk ke sini berharga VND10,000 dan ianya dibuka kepada pengunjung dari pukul 9 pagi ke 5 petang setiap hari kecuali hari Isnin.

 

Cho Ben Thanh

Market in Ho Chi Minh
Cho Ben Thanh

Juga dikenali sebagai Ben Thanh Market, ianya ialah antara tempat yang paling popular di kalangan peminat shopping. Segala jenis fabrik, beg, tudung, baju dan cenderahati di jual sini.

Tidak kurang juga gerai-gerai yang menjual buah, bunga dan makanan pelbagai jenis di buka di sini. Kalau yang pernah ke Jalan TAR di Kuala Lumpur, Ben Thanh ni lebih kurang sama. Seperti biasa, tawar-menawar adalah mesti bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat beberapa kedai menjual barangan yang sama dengan harga berbeza, jadi buatlah pilihan bijak.

Cho Ben Thanh Market
Lambakan Gerai

Ada juga yang menjual secara borong, contohnya tudung dan jubah. Ini menarik mereka yang ingin berbisnes atau menjadi supplier kepada butik-butik sekitar Malaysia, Brunei dan Singapura. Perlu diingat, jangan menawar berlebih-lebihan jika tidak berniat untuk membeli kerana peniaga disini boleh menjadi sedikit memaksa jika kita membuang masa mereka. Sesuatu yang kurang bijak jika difikirkan tetapi begitulah cara mereka.

Bukan hanya di dalam kompleks Ben Thanh sahaja yang menjual barangan seperti ini, kedai-kedai sekelilingnya juga menawarkan pelbagai jenis produk. Salah satu jalan di berhadapan dengan Ben Thanh ialah tempat dimana paling ramai pelancong Malaysia menginap iaitu Nguyen An Ninh atau sekarang dikenali sebagai Malaysian Street.

Road in HCMC
Nguyen An Ninh

Disini terdapat pelbagai jenis restoran halal yang diusahakan oleh masyarakat Champa seperti Hajah Basiroh dan restoran 1 Malaysia yang menjadi tumpuan mereka. Champa ialah salah satu etnik minoriti muslim di Vietnam yang mempunyai persamaan budaya dengan kaum Melayu di Malaysia. Di samping hotel_hotel, di sepanjang jalan ini juga terdapat kedai-kedai fabrik yang sarat dengan berjenis macam pattern dan kualiti untuk dijual kepada pelancong. Salah satu yang agak popular ialah Rohani.

vietnamese food
Beef Pho

Ben Thanh market dibuka dari pukul 7.30 pagi hingga 5.00 Petang. Keseronokan membeli-belah tidak terhenti di situ sahaja, kerana pada pukul 6.00 petang, Ben Thanh Night Market pula akan dibuka di sekeliling kompleks tersebut, boleh rabak wallet macam ni.

Market in Ho Chi Minh
Ben Thanh Night Market

Dari berjenis-jenis beg ke pakaian dan cenderahati, night market ini memang sentiasa penuh dengan pengunjung tempatan dan luar negara dengan harganya yang lebih murah dari kedai di dalam kompleks. Tawar-menawar adalah perlu bagi mendapatkan harga terbaik untuk win-win situation.

Saigon Market
Souvenirs

Di sini ialah tempat terbaik untuk mendapatkan souvenir pada harga berpatutan dengan kuantiti yang banyak. Night Market ini dibuka setiap hari pada pukul 6.00 petang hingga 12.00 malam.

 

DAY 2 :

Mekong Delta

Jetty in Mekong River
Mekong Delta

Sungai Mekong memang tidak asing lagi dalam buku-buku teks Sejarah kita sebagai sungai yang terpenting di Asia Tenggara. Vietnam ialah salah satu negara di mana Sungai Mekong ini mengalir.

Terdapat beberapa tour service untuk ke sini dan ianya boleh didapati di hotel-hotel anda menginap. Bagi yang mementingkan trip disertakan sekali dengan makanan, terdapat juga halal tour yang sedikit mahal dari yang biasa. Salah satu yang mmberikan servis yang terbaik ialah Bismillah Tours & Travel dengan details seperti dibawah.

Tours in Ho Chi Minh
Bismillah Tours

Harga day tour ke Mekong Delta beserta halal lunch ialah VND350,000. Ianya bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga 5.00 Petang. Bagi pakej tanpa halal food yang ditawarkan oleh tour service yang lain, harganya ialah antara VND250,000 ke VND300,000.

Untuk ke Mekong Delta dari Ho Chi Minh City memakan masa dalam 2 jam. Bot akan bermula di Jeti My Tho dan menyusuri Sungai Mekong ke Thanh Nien. Sungai Mekong ini ialah yang terpanjang di Asia meliputi negara Vietnam, Laos, Cambodia dan Thailand. Sepanjang sungai ini terdapat banyak penempatan dan kebanyakan dari mereka bergantung kepada sungai ini sebagai sumber kehidupan. Jadi akan banyak kelihatan sampan dan bot-bot kecil melakukan aktiviti harian mereka. Apa yang menarik di sini ? Antaranya ialah :

Mekong River Cruise
Menyusuri Mekong delta

Thanh Nien atau lebih dikenali sebagai Coconut Island merupakan pulau di mana industri utama mereka ialah hasil dari kelapa seperti gula-gula kelapa, santan dan sebagainya. Juga terdapat tonik lelaki yang dibuat dari ular dan kalajengking, ha jangan terkejut ye. Dalam pada itu, terdapat juga mini art gallery oleh penduduk tempatan.

Ben Tre yang merupakan tempat pembuatan madu lebah. Madu lebah disini diusahakan secara organik oleh warga tempatan dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Terdapat beberapa jenis madu yang dijual dan boleh dicuba bersama teh. Penerangan terhadap cara pembuatan madu tersebut juga diberikan.

Rowing in Mekong delta
Sampan Menyusuri Delta Mekong – Ben Tre

Menaiki sampan di Ben Tre yang disediakan ke satu lagi kawasan penempatan Mekong. Perlu diingat, mereka akan meminta tips selepas mengayuh sampan tersebut selepas menyusuri Mekong delta. Bolehlah diberikan seikhlas hati.

UNESCO performance in Mekong
Dan Ca Tai Tu

Di sini, terdapat persembahan Dan Ca Tai Tu yang merupakan salah satu UNESCO Intangible Cultural Heritage. Juga terdapat kraftangan tempatan yang boleh dibeli.

 

Pham Ngu Lao

Nightlife in Ho Chi Minh
Pham Ngu Lao Street by Hochiminh.co

Area di mana banyak hostel backpackers disediakan ialah di sini, Pham Ngu Lao. Kawasan ini lebih kepada mereka yang suka bersosial atau hang out pada waktu malam. Dipenuhi dengan pilihan restoran dan bar seperti Allez Boo yang sentiasa penuh dengan pengunjung. Selain dari itu di sini juga terdapat banyak tour agensi yang menyediakan guide dan pakej ke banyak tempat di Vietnam.

Jika merancang untuk menyewa basikal atau motorbike, Pham Ngu Lao menyediakan semua ini dengan harga yang sangat menarik. Terdapat juga coffee houses kalau nak lepak selain deretan souvenir shops.

 

DAY 3 :

Chu Chi Tunnels

Salah satu tarikan utama di Ho Chi Minh ialah Chu Chi Tunnels. Ianya dibina sebagai penghubung beberapa kawasan di daerah Chu Chi pada zaman perang Vietnam. Pada tahun 1968 tentera Viet Cong menjadikan Chu Chi sebagai base dan tempat persembunyian mereka.

Saiz Chu Chi Tunnels

Ianya juga berfungsi sebagai laluan untuk makanan dan alatan kesihatan diberikan sesama mereka terutamanya untuk rakyat mereka di utara negara ini. Ianya berjaya menyelamatkan Viet Cong dari serangan tentera US. Pengunjung juga akan ditontonkan video berkenaan sejarah Chu Chi Tunnels.

Tempat Persembunyian Viet Cong

Bagi peminat sejarah, Chu Chi Tunnels semestinya tempat yang wajib dilawati selain merasai sendiri berada dan bergerak di dalam terowong tersebut. Selain itu, mereka juga menawarkan shooting range bagi mereka yang ingin mempelajari menembak M16. Ianya mengambil masa lebih kurang sejam untuk ke sini dari bandar Ho Chi Minh. Terdapat banyak tour yang disediakan, jadi buatlah pilihan yang terbaik untuk pengalaman yang memuaskan. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi sehingga 5 petang dengan kadar bayaran masuk VND100,000.

War Remnants Museum

Muzium perang ini adalah antara yang paling menyayat hati. Oleh yang demikian sekiranya meminati sejarah, ini adalah tempat terbaik untuk mempelajari sejarah The Vietnam War.

Kenderaan Ketenteraan di Luar Muzium

Di luar muzium ini dipenuhi dengan kereta kebal dan jet pejuang zaman perang yang digunakan oleh tentera US dalam menyerang negara ini. Vietnam merupakan tanah jajahan Perancis dan kemudian diambil alih oleh Amerika Syarikat.

Berjenis Bom Yang Digunakan

Di era ini bermuka kebangkitan rakyat Vietnam yang ditentang oleh tentera US dengan cara yang tidak berperikemanusiaan, salah satunya ialah Agent Orange yang merupakan bahan kimia yang ditabur di beberapa tempat di negara ini dan menjadikan warganya cacat sehingga beberapa keturunan.

Menyayat Hati

Itu belum termasuk periuk-periuk api di sana sini yang mengakibatkan banyak warga tua disini cacat kekal sehingga sekarang. Di muzium ini kesemua ini diceritakan dengan lengkap beserta bukti dan gambar yang sangan meruntun jiwa. Disediakan juga bilik tayangan video kisah benar disebalik Vietnam War.

Antara Buku-Buku Yang Dijual

Muzium ini berlokasi 28 Vo Van Tan, District 3 dibuka pada setiap hari dari pukul 7.30 pagi ke 12.00 tengahari dan dari pukul 1.30 ke 5.00 petang. Harga tiket ialah VND 40,000.

Saigon Basilica

Terletak di 1 Cong Xa Paris, Ben Nghe, District 1 di tengah bandar Ho Chi Minh, ianya juga dikenali sebagai Red Basilica kerana warnanya dan The Saigon Notre Dame kerana seni arkitek yang sama dengan Notre Dame of Paris.

Saigon Basilica

Dibina pada sekitar tahun 1880an Ianya masih berfungsi sebagai gereja dan terdapat waktu-waktu tertentu bago sermon dan upacara dalam agama Kristian. Ianya dibuka kepada umum pada waktu 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Saigon Central Post Office

Terletak berhadapan dengan Saigon Basilica, pejabat pos ini dibina pada tahun 1886 dan merupakan salah satu bangunan ikon bandar lama Ho Chi Minh. Ianya masih beroperasi seperti biasa dan jika berminat bolehlah mengirim poskad dari sini ye !.

Seni Arkitektur Dalaman Saigon Central Post Office

Bangunan ii dicat semula tetapi masih mengekalkan ciri-ciri lama. Terdapat juga beberapa kedai cenderahati di tingkat 2 pejabat pos ini. Ianya dibuka pada hari dari pukul 7 pagi ke 7 petang.

Saigon Opera House

Dibina pada tahun 1897 Saigon Opera House dengan seni arkitek Perancis ini merupakan salah satu tempat untuk seni persembahan yang utama.

Saigon Opera House

Diusahakan kebanyakannya oleh warga tempatan terdapat jadual teater dan nyanyian yang dijalankan disini. Tiket boleh disemak dan dibeli di www.luneproduction.com jika berminat. Lokasinya di 7 Lam Son Square, District 1.

Saigon Square

Terletak berhadapan dengan Saigon Opera House, Saigon Square ialah seperti Merdeka Square disini. Terdapat banyak jenis street performer dengan water fountain yang berwarna-warni merancakkan lagi kawasan ini pada waktu malam.

Water Fountain di Saigon Square

Jangan mudah tersilap tempat kerana terdapat beberapa Saigon Square di sini. Untuk lebih mudah, cari lokasi Saigon City Hall yang betul-betul terletak di kawasan ini.

Saigon City Hall

Bangunan sekeliling Saigon Square termasuk City Hall dihiasi indah dengan pancaran irama lampu yang pasti menghiburkan. Kebanyakan remaja Vietnam menghabiskan masa di sini pada malam hujung minggu dengan menyaksikan pertunjukan jalanan seperti silap mata dan breakdance.

Warna Warni Saigon Square

Terdapat juga sebuah high-end mall di sini yang menawarkan brand seperti Gucci dan Versace. A great way to end a night .

DAY 4 :

Cho Binh Tay

juga dikenali sebagai Cholon Chinatown, ianya menarik dengan dekorasi tanglung ditepi-tepi jalan dengan ukiran-ukiran zodiak budaya Cina. Cho Binh Tay terletak di 57A Thap Moui District 6 lebih kurang 15minit dari city centre dan merupakan sebuah pasar borong dua tingkat bagi fabrik, beg, pakaian, perabot dan sebagainya.

Pasar Cho Binh Tay

Lambakan produk yang dijual disini pasti menarik mata pengunjung. Peniaga di sini tidak memaksa seperti di Ben Thanh kerana mereka selalunya mempunyai pelanggan tetap. Bagi yang berbisnes, Binh Tay adalah tempat yang tepat untuk memborong sambil melancong. Terutamanya bagi bisnes fabrik dan beg. Sekiranya pandai tawar menawar, harga di sini adalah jauh lebih murah berbanding Ben Thanh.

Bermacam Jenis Topi

Ada juga yang menyediakan khidmat membuat baju ekspress. Beli fabrik di kedai mereka, pilih jenis baju yang hendak dijahit seperti kurung, kebaya, kimono dan mereka akan jahitkan.

Rambang Mata

Ianya akan dihantar terus ke hotel pada malam atau keesokan harinya, hebat kan ? Siap baju raya. Ianya dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi ke pukul 5.00 petang.

Teksi Vinasun

TIPS Penting: Bagi pengambilan teksi, hanya Vinasun (Hijau dan Putih dengan ending code 27.27.27) dan Mai Linh sahaja yang selamat dan dipercayai. Elakkan mengambil teksi lain dari dua syarikat di atas. Di Airport, kaunter Vinasun terletak di exit lane kiri paling hujung.