Budget Travel ke Europe: 10 Hari 4 Destinasi (Brussels)

Backpacking ke EUROPE

Setelah 3 hari 2 malam di Bandar Paris, kita hop on ke bandar Europe seterusnya, iaitu Brussels yang terletak dalam negara Belgium. 

budget travel to europe

 

BRUSSELS (1 Hari)

Transports:

Perancis bersempadan dengan negara Belgium. Brussels ialah ibu negara Belgium dimana penduduknya bertutur dalam bahasa French dan Dutch. Dari Paris ke Brussels dan penggunaan public transport dalam bandar Brussels, terdapat beberapa pilihan terbaik:

  • Tren: Tren Thalys dan SNCF TGV adalah rangkaian Tren Europe yang terbaik. Menyambungkan bandar-bandar eropah termasuk dari Paris ke Brussels. Kesemua tren ini bertolak dari stesen Paris Gare du Nord dan tiba di stesen Brussels Midi. Harga tiket bergantung pada waktu dan hentian. Purata harga tiket ialah €50. Tetapi terdapat tiket dengan harga €30 pada awal pagi seperti 6AM dan €40 dengan satu hentian. Perjalanan tanpa hentian mengambil masa 1 jam 30 minit dan 2 jam bagi satu hentian. Tiket boleh disemak dan dibeli online di GoEuro. Bonus untuk tren dari Thalys ialah, dari Brussels Midi ke Brussels Gare du Central, tren adalah percuma dengan tiket yang sama.
  • Bas: Bas dari Paris ke Brussels bertolak dari beberapa stesen sekitar Paris. Lokasinya bergantung kepada syarikat Bas tersebut. Ouibus bertolak dari Paris Saint-Denis Universite, Flixbus dari Quai de Bercy manakala Eurolines dari Paris Bercy. Destinasi di Brussels pula ialah Brussels Midi dan Gare du Nord. Flixbus adalah antara yang termurah, tetapi kesemua harga tiket bas berubah-ubah bergantung kepada waktu. Purata harga tiket bas ialah €17 dan purata waktu perjalanan ialah 4 jam. Dari Brussels Midi atau Nord, tren, tram atau bus boleh diambil ke Brussels central. Harga tiket ialah €2.10.
  • Metro dan Tram: Bagi yang memilih itinerary untuk ke attractions di luar Brussels Central seperti Mini Europe, Atomium dan Cinquantenaire atau yang memilih untuk tidak banyak berjalan, tiket bagi public transports ini boleh dibeli di mana-mana stesen atau newsstand. Terdapat dua pilihan terbaik iaitu return ticket €4.20 bagi single journey atau one day travel card €7.50 untuk unlimited journey (recommended) dalam masa sehari. 

Ringkasan: Dari Paris ke Brussels, Tren lebih cepat dengan harga €50 dengan free train ke Gare Centrale, jika termasuk travel card €7.50. Total €57.50

Manakala Bas mengambil lebih masa dengan budget €17 tanpa tren ke Gare Centrale, additional €2.10 single journey, total €19.10 ATAU jika termasuk day travel card €7.50. Total dengan travel card ialah €24.50. Travel card mesti disahkan (validate) setiap kali penggunaan.

map for brusels transport
Brussels Tram Line

Stays:

Bagi penginapan 1 hari, lokasi terbaik ialah sekitar Grand-Place memandangkan kebanyakan main attractions berada di dalam kawasan ini, walking distance. Free breakfast, Wi-Fi dan keselesaan, adalah kriteria penting. Antara hostel yang terbaik di sekitar kawasan ini ialah:

  • Brussels 2GO4 Quality Hostel Grand-Place: Lokasi 1 minit by walking to Grand Place, purata 1 malam €25.
  • Meininger Brussels City Center: Lokasi di Canal de Charleroi, 15 minit by walking ke Grand Place, purata 1 malam €25
  • Sleep Well Youth Hostel: Lokasi di Rue Damier, 10 minit by walking ke Grand Place, purata 1 malam €28
  • Sleephere Guesthouse: Lokasi di Jardin Botanique, Chaussée de Haecht, 20 minit by walking ke Grand Place, purata 1 malam €35.

Ringkasan: Hostel di Grand Place adalah pilihan terbaik untuk budget traveller, purata harga 1 hari 1 malam ialah €25. Untuk semakan harga dengan hostel budget yang lain-lain, boleh ke Hostelworld atau Hostelbookers.

budget stay in Brussels
Hostel in Brussels

Attractions:

  • Grand-Place: Lokasi Centrale, by walking. Akses 24 jam. Tapak bersejarah, hotspot negara Belgium dan 100m dari lokasi Manneken Pis atau Peeing Boy, statue tembaga terkenal di Brussels.
  • Palais Royal dan Parc de Bruxelles: Lokasi Sablon, by walking, 1km dari Grand-Place. Tram terdekat ialah Palais (line 92 dan 94) dan Metro Parc (line 1 dan 5). Akses percuma ke dalam istana setiap musim panas dari 21 July hingga September (10.30AM – 5PM kecuali Isnin). Akses ke park adalah percuma. Istana rasmi diraja Belgium, 1783 dan public park terbesar di Brussels.
  • Galeries Royales Saint Hubert: lokasi Centrale, by walking, 70m dari Grand-Place. Akses percuma 24 jam (Shopping centre, souvenir dan restoran didalam bangunan bersejarah Brussels, dibina 1847. Statue tembaga Jeanneke Pis adalah 100m dari sini.
  • Palais de Justice: Lokasi Marollen, by walking 1.2KM dari Grand-Place, Tram terdekat ialah Poelaert (line 92 dan 93 dan Metro Louise line 2 dan 6). Akses percuma (Weekdays 8AM – 5PM). Bangunan bersejarah Europe, dibina 1866.
  • Atomium: lokasi Laeken, Tram terdekat ialah Heysel (line 51 dan Metro line 6). Akses percuma di luar, dan €15 didalam Sphere (10AM – 6PM). Dibina 1958 World Fair, landmark bandar Brussels.
  • Mini Europe: lokasi Laeken, bersebelahan Atomium, Tram terdekat ialah Heysel (line 51 dan Metro line 6). Akses dengan tiket €15.50 (9.30AM – 6PM). Theme park dengan 350 miniatur landmark penting seluruh Europe.
  • Parc de Laeken: lokasi Laeken, terletak 750m, by walking dari Atomium. Akses percuma 24 jam. English Style garden dengan istana Laeken dan monument Leopold, 1876.
  • Notre Dame du Sablon: Lokasi Sablon, by walking, 850m dari Grand-Place. Tram terdekat ialah Petit Sablon (line 92 dan 94). Akses percuma (9AM – 6.30PM). Gereja Gothic dibina pada abad ke 15.
  • Magritte Museum: Lokasi Sablon, by walking 800m dari Grand-Place. Tram terdekat ialah Royale (line 92 dan 93). Akses dengan tiket €8 (11AM – 5PM kecuali Isnin). Muzium dengan koleksi terbesar artis Belgium.
  • Brussels Cathedral: Lokasi Centrale, by walking 600M dari Grand-Place. Tram terdekat ialah Parc (Line 92 dan 94, Metro line 1 dan 5). Akses percuma (7AM – 6PM). Dikenali juga sebagai The Cathedral of St Michael and St Gudula, dibina abad ke 13, Gereja penting di Brussels.
  • Belgian Comic Strip Center: Lokasi Notre-Dame-Aux-Neiges, by walking 850m dari Grand-Place. Tram terdekat ialah De Boukere (line 3, 4, 31, 32 dan 33. Metro line 1 dan 5). Akses dengan tiket €10 (10AM – 6PM). Muzium komik menempatkan 6000 komik berbahasa Perancis, antara yang terkenal ialah Tintin.
  • Autoworld: Lokasi Cinquantenaire, by walking 3.3KM dari Grand-Place. Tram terdekat ialah Place Saint Pierre (Line 81 dan 83) Metro Schuman (Line 1 dan 5). Akses dengan tiket €10 (10AM – 6PM). Muzium vintage cars terbaik di dunia, lebih 300 koleksi kereta antik. Terletak dalam Parc du Cinquantenaire.

Ringkasan: Kebanyakan attractions adalah percuma dan purata attractions berbayar jika termasuk dalam itinerary ialah €40.

Brussels attractions
Mini Europe in Laeken, Brussels

Eats:

Restoran dan Cafe di Brussels adalah agak pricey untuk budget traveller. Tetapi beberapa jenis makanan masih boleh dibeli dengan harga yang murah. Antaranya ialah:

  • Belgian Waffles: Makanan paling terkenal di Belgium dan mempunyai pelbagai topping seperti belgian chocolate, caramel dan Strawberries. Harganya ialah dalam lingkungan €2. Antara yang terkenal ialah restoran Waffle Factory di Brussels Centrale. 
  • Frites: Atau dikenali sebagai french fries, dijual secara meluas di Brussels dalam portion yang agak besar. Boleh dijadikan makanan sampingan bagi mengurangkan kos. Ianya berharga dalam lingkungan €3. Antara restoran yang terkenal ialah Fritland, juga di Centrale. 
  • Sandwich: Kebanyakan restoran kecil dan fastfood disekitar Grand-Place menjual Sandwich veggie, cheese, eggs atau salmon dengan harga dalam lingkungan €3. Portion agak besar dan sangat berbaloi. 
  • Moules Frites: Menu yang sinonim dengan bandar Brussels, tidak termasuk dalam budget yang rendah, tetapi tidak salah mencuba. Terdapat banyak restoran di sekitar Grand-Place dan Rue des Bouchers yang menawarkan menu ini dalam pelbagai harga. Kebanyakannya dalam lingkungan €12 dan ke atas. 

Ringkasan: Untuk makanan dan minuman, purata kos sehari ialah €5. 

varieties of waffles in brussels
Waffles Shop

Conclusions / Rumusan:

Bagi 1 hari 1 malam di Bandar Brussels dari Paris setelah mengambil kira kos purata Transports, Stays, Attractions dan Eats, ialah dalam lingkungan €80. Dari Brussels, kita akan meneruskan budget travel ke Bandar Europe ketiga, AMSTERDAM.