Budget Travel ke Europe: 10 Hari 4 Destinasi (Amsterdam)

Backpacking Ke EUROPE

1 hari 1 malam di Brussels sudah mencukupi untuk explore bandar Frites tersebut. Next stop adalah Amsterdam, yang terkenal dengan canals dan cannabis, juga merupakan bandar utama, ibu negara Netherlands atau Belanda. Amsterdam mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan bahasa utama ialah Dutch dan English.

budget travel ke amsterdam

 

AMSTERDAM (3 Hari)

Transports

Tren dan Bas beroperasi dari bandar Brussels ke Amsterdam. Di dalam bandar Amsterdam pula, tram ialah public transport utamanya. Tren ke luar Brussels berlepas dari Brussels Midi, bukan dari Gare Centrale. Manakala Bas pula dari Gare du Midi, Gare du Nord dan Brussels Airport.

  • Tren: Antara tren utama yang ke Amsterdam dari sini ialah B-europe, Thalys dan Eurostar dengan harga berbeza. B-europe ialah yang paling murah dengan harga purata €26 sama ada tanpa hentian atau 1 hentian. Tren berlepas seawal 7AM dan mengambil masa 3 jam dan kesemuanya berhenti di Amsterdam Central. Thalys dan Eurostar mengambil masa 2 jam tanpa henti dengan harga purata yang lebih mahal, €55 untuk Thalys dan €39 untuk Eurostar (sangat terhad).
  • Bas: 3 syarikat bas utama yang beroperasi dari Brussels ke Amsterdam ialah Ouibus, Flixbus dan Eurolines. Harga tiket berbeza mengikut destinasi di Amsterdam sama ada Duivendrecht, Arena atau Sloterdijk dan mengambil masa 3 – 4 jam mengikut jumlah hentian. Harga purata per tiket ialah €13. Tetapi dari stesen-stesen ini, tren diperlukan untuk ke Amsterdam Central dan mengambil kos sebanyak €3. Stesen terdekat dari Amsterdam Central ialah Sloterdeijk, hanya 5.4KM. Penggunaan bas ialah jauh lebih murah.
  • Tram: Untuk bergerak di dalam bandar Amsterdam selain by walking, tram dan basikal adalah pilihan terbaik. Amsterdam terkenal sebagai bandar majoriti penduduknya berbasikal. Lorong basikal adalah selesa dan up to date. Hostel selalunya menawarkan basikal untuk disewa. Harga sewa basikal berbeza-beza tetapi puratanya €8 sehari. Bagi Tram lines pula, yang paling relevan untuk sightseeing dan attractions ialah 1, 2, 5, 9 13 dan 17. Bagi single journey berharga €2.90 tetapi bagi itinerary yang banyak menggunakan tram, travel card adalah pilihan terbaik, ianya boleh dibeli dari driver tram dan kiosk. Kos penggunaan sehari (mencukupi bagi itinerary 3 hari 2 malam) ialah €7.50. Tiket perlu di sahkan (validate) ketika penggunaan di mesin tram.

Ringkasan: Tren dari Brussels tanpa pertukaran ke Amsterdam Central ialah €26 dengan day travel card €7.50, total €33.50.

Manakala Bas dengan pertukaran ke Amsterdam Central dari Sloterdeijk ialah €13 + €3 = €16. Dengan day travel card €7.50, total €23.50. Tiket bas atau tren boleh dibeli online di GoEuro.

transportation in amsterdam
Amsterdam Tram Map

 

Stays:

Amsterdam terkenal dengan hostel-hostel backpackers yang affordable, terutamanya di sekitar Amsterdam CentralDam Square dan Leidseplein. 3 kawasan ini adalah strategik dan walking distance ke kebanyakan attractions. Seperti biasa, free Wi-Fi dan breakfast (coffee) adalah kriteria penting. Antara pilihan terbaik bagi budget traveller ialah:

  • ClinkNOORD: Lokasi 3 minit dari Amsterdam Central by ferry (percuma). Purata harga 2 malam €62.
  • The Bulldog: Lokasi 200M dari Dam Square. Purata harga 2 malam ialah €52.
  • StayOkay Amsterdam Vondelpark: Lokasi 550M dari Leidseplein. Purata harga 2 malam ialah €53.
  • Flying Pig Downtown: Lokasi 350M dari Amsterdam Central. Purata harga 2 malam ialah €70.
  • Durty Nellys Inn: Lokasi 350M dari Dam Square. Purata harga 2 malam ialah €55
  • Flying Pig Uptown: Lokasi 700M dari Leidseplein. Purata harga 2 malam ialah €60.
  • St. Christophers at the Winston: Lokasi 300M dari Dam Square. Purata harga 2 malam ialah €60.
  • Stayokay Amsterdam Stadsdoelen: Lokasi 700M dari Dam Square. Purata harga 2 malam ialah €45

Ringkasan: St. Christophers at the Winston adalah pilihan terbaik dari segi kriteria lokasi, wifi dan breakfast. Kos stay 3 hari 2 malam di Amsterdam secara amnya ialah €60Untuk semakan harga dengan hostel budget yang lain-lain, boleh ke Hostelworld atau Hostelbookers.

travelling with bike in amsterdam
Bike for Rent at Amsterdam Hostels

 

Attractions:

Amsterdam lebih kepada ‘party city’. Walaubagaimanapun terdapat banyak main attractions yang berbaloi untuk dilawati dan boleh dikatakan Amsterdam ialah bandar yang paling banyak attractions. Antaranya ialah:

  • Dam Square: Lokasi Di tengah Dam Square. Tram terdekat ialah Dam (Line 4, 9, 16, 24, 25). Akses 24jam. Ikon bandar Amsterdam dikelilingi National Monument, Koninklijk Paleis (Royal Palace), Nieuwe Kerk dan Madame Tussaud Wax Museum.
  • Begijnhof: Lokasi Spui, 500M dari Dam Square. Tram terdekat ialah Spui (Line 1, 2 dan 5). Akses percuma (Weekdays 9AM-5PM). Kawasan perumahan tertua di Amsterdam, dibina pada zaman medieval, 1346.
  • Oude Kerk: Lokasi Red Light District, 450M dari Dam Square. Tram terdekat ialah Dam (Line 4, 9, 16, 24, 25). Akses percuma dari luar, akses ke dalam €10 (10AM – 6PM). Gereja gothic bersejarah, dibina 1306, gereja paling menarik di Amsterdam.
  • Red Light District: Lokasi De Wallen, 240M dari Dam Square. Tram terdekat ialah Dam (Line 4, 9, 16, 24, 25) dan Nieuwmarkt (line 51). Akses percuma 24jam. Kawasan yang hidup pada malam hari dengan aktiviti ‘merah’.
  • Rembrandt House Museum: Lokasi Jodenbuurt, 750M dari Dam Square. Tram terdekat ialah Mr Visserplein (line 9 dan 14). Akses dengan tiket €13 (10AM – 6PM). Muzium seni artis Belanda, Rembrandt 1656 memaparkan hasil seninya. Sangat menarik untuk peminat Arts.
  • Bloemenmarkt: Lokasi Singel, 900M dari Dam Square. Tram terdekat ialah Koningsplein (line1, 2 dan 5) & Muntplein, (line 4, 9, 14, 16, 24 dan 25). Akses percuma (9.30AM – 5.30PM). Pasar Bunga yang terkenal di amsterdam terletak di atas Singel Canal dengan jualan bermacam jenis bunga dan benih dari Tulip ke Orkid.
  • Van Gogh Museum: Lokasi Museumplein, 2.2KM dari Dam Square. Tram terdekat ialah Van Baerlestraat (line 2 dan 5). Akses dengan tiket €18 (9AM – 5PM dan 10PM Jumaat). Muzium kedua paling ramai pelawat di Amsterdam, menempatkan lebih 200 artworks dari Vincent Van Gogh, 1853.
  • Rijksmuseum. Lokasi Museumplein, 1.7KM dari Dam Square. Tram terdekat ialah Rijksmuseum dan Museumplein (line 2, 16 dan 5). Akses dengan tiket €17.50 (9AM – 5PM). Muzium dengan koleksi terbesar Zaman Kegemilangan Belanda dengan 10,000 artworks. Muzium paling menarik di Amsterdam bagi peminat seni dan sejarah. Di belakang Muzium ini terletaknya signboard terkenal I AMSTERDAM.
  • Anne Frank House: Lokasi Grachtengordel West, 850M dari Dam Square. Tram terdekat ialah Westermarkt (line 13 dan 17). Akses dengan tiket €9 (9AM – 10PM). Rumah persembunyian keluarga Jewish Anne Frank dari penindasan Nazi yang menyimpan sejarah duka. Lebih popular selepas filem ‘The Fault in Our Stars’.
  • Leidseplein: Lokasi Leidseplein, 1.5KM dari Dam Square. Tram terdekat ialah Leidseplein (Line 2, 11, 12, 13 dan 17). Akses 24 jam, hotspot untuk cafe, restaurant, bar, shopping, street performer dan lokasi letaknya The Giant Chess.
  • Waterlooplein Flea Market: Lokasi Waterloolein, 850M dari Dam Square. Tram terdekat ialahWaterlooplein (line 14). Akses percuma (9.30AM – 6PM kecuali ahad). Market yang menjual antik, souvenir, clothing, aksesori dan makanan dengan harga yang murah.
  • Vondelpark: Lokasi Vondelbuurt, 2.8KM dari Dam Square. Tram terdekat ialah J.P. Heijestraat (line 1 and 11). Akses 24 jam. Park terkenal dan terbesar di Amsterdam, berdekatan Leidseplein.
  • Canal Cruise: Lokasi Grachtengordel West, 850M dari Dam Square. Bertolak dari 14 lokasi sekitar Canals di Amsterdam seperti Anne Frank House dan Leidseplein.. Mengambil masa 1 jam. Tiket berharga €16 dan boleh dibeli secara online di iamsterdam dan juga tours&ticket.
  • Volendam: Lokasi 20KM dari Dam Square. Bas 110 dan 316 disediakan dari Amsterdam Central ke Volendam. Day return tiket ialah €7. Akses ke bandar adalah percuma. Bandar perikanan dengan arkitektur tradisional tipikal Dutch. Bas dan tiket yang sama juga berhenti di Marken, perkampungan Dutch dengan canals dan garden.
  • Zaanse Schans: Lokasi Zaandam, 20KM dari Dam Square. Tren berlepas dari Amsterdam Central direction Uitgeest ke stesen Koog-Zaandijk (Zaanse Schans) dengan return tiket €6.40. Bas line 391 (Industrial Heritge Line) disediakan dari Amsterdam Central ke Zaanse Schans dengan return tiket €10, tiket bas juga membolehkan beberapa stop berdekatan Zaanse Schans. Akses ke pekan ini adalah percuma untuk sightseeing, muzium adalah berbayar (9AM – 5PM). Pekan kecil Dutch style yang terkenal dengan Windmill (kincir angin) senibina rumah kayu tradisional Belanda, kraftangan dan bakeri. Dibina pada abad ke 18.

Ringkasan: Purata attractions cost bagi itinerary 3 hari mengikut pilihan ialah €50.

amsterdam windmills
Zaanse Schans

 

Eats:

Amsterdam ialah bandar tumpuan backpackers dan mempunyai pilihan makanan yang banyak terutama di Dam Square, Leidseplein dan Spui. Antara makanan yang tidak menelan belanja yang banyak ialah:

  • Wok to Walk: Asian food terutamanya noodles dan nasi yang cepat disediakan. Banyak outlet di sekitar Dam Square dan Red Light District. Harga dalam lingkungan €6.
  • Kebab: Makanan tradisi Turkey yang banyak dijual di Amsterdam dengan pilihan chicken, lamb dan beef. Antara yang terkenal ialah Leeman Doner. Harga dalam lingkungan €4.
  • Dutch Herrings: Dikenali juga sebagai Maatjesharing ialah makanan tradisi belanda menggunakan ikan herring yang dihidangkan dengan onion dan pickles. Antara yang terbaik ialah Frens Haringhandel di Singel dan Volendammer Haringhandel di Spui. Harga dalam lingkungan €4.
  • Patatjes: Amsterdam fries atau frites yang banyak didapati sekitar Amsterdam , dihidang dalam paper cone dengan pilihan topping yang berbeza seperti mayo, onion dan ketchup. Antara yang terkenal ialah Vleminckx dan Chipsy King di Dam Square dan Manneken Pis di Damrak. Harga dalam lingkungan €3.

Ringkasan: Untuk makanan dan minuman, purata kos sehari ialah €5 dan untuk 3 hari ialah €15.

dutch food in amsterdam for budget traveler
Dutch Herrings

 

Conclusion/Rumusan:

Purata keseluruhan kos bagi budget travel ke Bandar Amsterdam untuk transport, stay, attractions dan eats untuk 3 hari 2 malam ialah €148. Dari Amsterdam, kita akan ke bandar Europe seterusnya, ke empat iaitu LONDON!