Budget Travel ke Europe: 10 Hari 4 Destinasi (London)

Backpacking Ke EUROPE

3 hari 2 malam di Amsterdam penuh dengan aktiviti, kita hop ke destinasi Europe terakhir dalam 10 hari ini, Kota London, bandar utama dalam United Kingdom. Ibu negara England ini sentiasa sibuk dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Secara amnya kos di London adalah lebih dari bandar eropah yang lain. Bahasa utama ialah English dan Currency nya Pound Sterling (£).

traveling to london in budget

LONDON (3 Hari)

Transports:

London dipisahkan dari seluruh benua Eropah dengan Selat Inggeris (English Channel). Dari bandar Amsterdam ke kota London, terdapat dua cara terbaik iaitu tren dan flight. Walaubagaimanapun, Bas juga beroperasi dari 2 bandar ini, tetapi mengambil masa yang lebih lama. Untuk bergerak dari/ke airport dan di dalam kota London pula, tube dan bas adalah pilihan terbaik, maklumat terperinci seperti berikut:

  • Tren: Dari Amsterdam, hanya Eurostar menawarkan tren dari Amsterdam Central ke stesen London St. Pancras International. Booking perlu dibuat awal secara online (dalam masa 3 bulan) bagi mendapatkan harga terbaik iaitu €59. Tiket tren boleh dibeli di GoEuro.
  • Flight: Low cost airlines seperti EasyJet dan Vueling Airlines dan juga British Airways menawarkan daily flight dari Amsterdam Schipol Airport ke London Gatwick, Luton, Stansted atau Heathrow Airport. Harga puratanya ialah €35. Flight boleh ditempah dengan harga terbaik dari Skyscanner. Dari Amsterdam Central, tren boleh diambil ke Schipol Airport. Harga tiket ialah €4.30 dan digalakkan dibeli secara online. Dari mana-mana London airports, bas boleh diambil ke London City iaitu EasyBus dengan harga €6 ke €11 (purata €9) bergantung kepada lokasi (Airport dan stesen di London). Tiket online boleh dibeli di EasyBus.
  • Bas: Bas adalah pilihan termurah iaitu sekitar €30, tetapi mengambil masa 12 jam ke London. Bas bertolak dari lain-lain tempat seperti Schipol Airport, Sloterdijk, Arena dan Duivendrecht bergantung kepada syarikat Bas sama ada Ouibus, Flixbus atau Eurolines. Tetapi kesemua bas akan berhenti di London Victoria Coach Station. Tiket boleh disemak dan dibeli online di GoEuro.
  • Tube (London Underground): Untuk bergerak di dalam kota London, Tube dan Red Bus adalah pilihan terbaik. Tube dibahagikan kepada 12 line seperti Jubilee, Circle, District dan lain-lain. Untuk menggunakan servis ini, Oyster Card dapat menjimatkan kos. Ianya perlu ditopup untuk penggunaan. London Tube dibahagikan mengikut Zone dengan major attractions berada dalam zone 1 dan 2. Oyster card dicaj £2.40 single journey dalam zon 1. Tetapi dihadkan ke £6.80 bagi zone 1-2, bermakna apabila jumlah penggunaan sampai ke £6.80 pada hari tersebut, kad tidak akan dicaj lagi dan travel boleh dilakukan tanpa topup. Bagi pengunaan bus, traveling boleh dilakukan tanpa mengira zone dengan caj yang sama. Pembelian Oyster Card boleh dibuat di mana-mana Tube station. £5 deposit dikenakan terhadap pembelian Oyster Card dan ianya akan dipulangkan apabila kad dikembalikan.
  • Add – London ke Airport: Untuk ke airport semula, flight return dari trip Europe setelah berakhirnya 3 hari tersebut, BusBud boleh digunakan untuk London (Victoria Coach Sation) ke Heathrow. Bagi airport-airport lain, EasyBus masih boleh ditempah. Kos purata masih sama iaitu €6 ke €11 (purata €9) bersamaan £8.

Ringkasan: Eurostar ialah pilihan terbaik berdasarkan lokasi departure and arrival dan tambang secara keseluruhan €59. Dengan maksima 1 hari caj Tube £6.80 (€7.60). Total €66.60 atau £59.

Manakala Flight dengan purata €35, additional tambang tren ke Schipol Airport €4.30 dan tambang bas atau tren dari airport ke London City €9. Dengan maksima 1 hari caj Tube £6.80 (€7.60). Total €55.90 atau £50.

travel ke london secara bajet
London Tube Map

 

Stays:

Bagi Budget Traveler, hostel ialah pilihan terbaik, terutamanya dengan wi-fi dan simple breakfast. Lokasi memainkan peranan penting supaya main attractions boleh dilawati by walking distance. Penggunaan tube yang kurang bermakna less costly. Zone 1 dan 2, Central London adalah kawasan terbaik. Antara hostel pilihan Kokonutlist ialah:

  • Wombats City Hostel: Lokasi Tower Bridge, Purata harga 2 malam £60.
  • Generator Hostel: Lokasi Russel Square, Purata harga 2 malam £54.
  • YHA London Central: Lokasi Oxford Circus, Purata harga 2 malam £50.
  • Hostel One Camden: Lokasi Camden, Purata harga 2 malam £58.
  • YHA London Oxford Street: Lokasi Oxford Street, Purata harga 2 malam £52.
  • Hostel One: Lokasi Notting Hill, Purata harga 2 malam £48.
  • Safestay London Elephant & Castle: Lokasi Walworth, Purata harga 2 malam £48.
  • St. Christopher Inn: Lokasi London Bridge, Purata harga 2 malam £54.
  • Astor Museum Inn: Lokasi The British Museum, Purata harga 2 malam £50.

Ringkasan: YHA London Central, Wombats City Hostel dan Astor Musuem Inn adalah pilihan terbaik dari segi kriteria lokasi, wifi dan breakfast. Kos stay 3 hari 2 malam di London secara amnya ialah £50. Untuk semakan harga dengan hostel budget yang lain-lain, boleh ke Hostelworld atau Hostelbookers.

staying in london
Street dan Hostel in Notting Hill

Attractions:

Kebanyakan dari attractions di Kota London berada dalam Zone 1 dan 2. Bagi yang gemar berjalan, London boleh di-explore by walking. Antaranya popular attractions ialah:

  • Big Ben: Lokasi Westminster. Tube terdekat ialah Westminster Station (Line Circle, District dan Jubilee). Akses ke dataran adalah percuma. Menara Jam terkenal di London yang bersambung dengan Palace of Westminster.
  • Trafalgar Square:  Lokasi Westminster, Tube terdekat ialah Charing Cross Underground (Line Bakerloo dan Northern). Akses percuma 24jam untuk Dataran dan National Galery (10AM – 6PM). Dataran bersejarah London, juga museum seni terbesar London dan statue King George IV.
  • Whitehall: Lokasi Westminster, Tube terdekat ialah Charing Cross Underground (Line Bakerloo dan Northern). Akses sepanjang jalan percuma termasuk Admiralty Arch, Imperial War Museum dan The Cenotaph. Bagi entrance ke Horse Guards Parade dan The Households Cavalry Museum, tiket berharga £8 (10AM – 5PM). Bagi Whitehall Palace dan Banqueting House, akses dengan tiket £5.50 (10AM – 5PM). Churchill’s Cabinet War Rooms, akses dengan tiket £17.50 (9.30AM – 6PM). Lokasi horse guards diRaja Britain, pejabat pentadbiran dan sejarah imperial Union Jack dan kediaman Perdana Menteri.
  • Westminster Abbey: Lokasi Westminster, Tube terdekat ialah Westminster Station (Line Circle, District dan Jubilee). Akses dari luar percuma, akses ke dalam dengan tiket £20 (9.30AM – 3.30PM). Bangunan bersejarah berusia 700 tahun yang juga sebuah gereja gothic dan pusat coronation untuk ratu England. Berdekatan dengan Palace of Westminster, iaitu parlimen UK, akses ke dalam bangunan dengan tiket £18 hanya pada bulan Julai dan Ogos.
  • Buckingham Palace: Lokasi St. James, Tube terdekat ialah Green Park (Line Piccadilly, Jubilee dan Victoria). Akses dari luar adalah percuma, akses ke State Rooms dengan tiket £24, akses untuk Royal Day Out merangkumi The State Rooms, Buckingham Palace, The Queen’s Gallery, Buckingham Palace dan the Royal Mews, tiket berharga £42.30 (hanya dari Julai hingga October 9.30AM – 5.15PM). Dibina 1703 oleh Duke of Buckingham dan didiami oleh King George III dan pewarisnya. Lokais popular untuk upacara pertukaran pengawal diRaja British (Changing of Guards) yang boleh dilihat dari luar istana. Upacara ialah pada pukul 11AM setiap hari dari bulan Mei hingga Julai dan selang sehari pada bulan-bulan lainnya. Berdekatan dengan istana ialah Victoria Memorial.
  • Tower of London: Lokasi Tower Hill, Tube terdekat ialah Tower Hill (Line Circle dan District). Akses dari luar adalah percuma, untuk ke dalam tiket berharga £26.80 (10AM – 6PM). Sejarah Royal Palace, kegemilangan, kejatuhan dan penyiksaan.
  • Tower Bridge: Lokasi Tower Hill, Tube terdekat ialah Tower Hill (Line Circle dan District). Akses 24 Jam. Jambatan merentasi sungai Thames dan ikon Kota London.
  • British Museum: Lokasi Russel Square. Tube terdekat ialah Russel Square (Line Piccadily). Akses adalah percuma (10AM – 5.30PM). Dibuka 1753, memaparkan koleksi sejarah dunia dan manusia selama 2 juta tahun. Antara yang menarik perhatian ialah mumia firaun dari Mesir.
  • Russel Square Garden: Lokasi Russel Square. Tube terdekat ialah Russel Square (Line Piccadily). Garden terbesar di daerah Bloomsbury, terkenal untuk santai dan picnic.
  • Piccadily Circus: Lokasi Central London, Tube terdekat ialah Piccadilly Circus (Line Bakerloo dan Piccadilly). Akses 24jam. Dataran paling popular kota London dari segi hiburan dan shopping. Juga terkenal dengan street performers dari petang hingga ke malam hari. London SOHO terletak berdekatan iaitu nightlife terkenal kota London. Eros fountain terletak di sini, juga muzium Ripley’s, Believe it or not! dan Chinatown.
  • Covent Garden: Lokasi Covent Garden, Tube terdekat ialah Covent Garden (Line Piccadilly). Kawasan kejiranan bohemian dengan floral market street dan kraftangan Inggeris. Juga lokasi popular untuk street food, cafe dan restoran.
  • St. Paul’s Cathedral: Lokasi City of London. Tube terdekat ialah St. Paul (Line Central). Akses ke dalam Cathedral dengan tiket £18 (8.30AM – 4.30PM). Cathedral kedua terbesar di dunia dibina 1676 diatas tapak Greek temple. Galeri Whispering, Stone dan Golden terletak di tingkat atas. Cathedral perkahwinan di Raja dan Juga merupakan cemetery bagi Lord Wellington dan Churchill.
  • Kensington Palace: Lokasi Kensington, Tube terdekat ialah Queensway (Line Central) dan High Street Kensington (Line Circle dan District). Akses percuma dari luar dan dengan tiket £19.50 (peak) dan £16 (non-peak) (10AM – 6PM). Residensi diRaja British sejak 300 tahun lalu termasuk Princess Diana. Juga terletak bersebelahan dengan Kensington Garden dengan akses percuma. Garden Diraja yang juga terletaknya memorial Princess Diana, Albert memorial, Speke Monument dan Peter Pan Statue.
  • Hyde Park: Lokasi Kensington, Tube terdekat ialah Hyde Park Corner (Line Piccadilly). Akses 24jam. Terletak bersebelahan dengan Kensington Garden dan merupakan Garden tertua di kota London. Serpentine Lake berada di dalam Park ini termasuk Achille statue dan Reformer’s Tree. Speakers Corner merupakan aktiviti pagi ahad di sini.
  • The Natural History Museum: Lokasi Kensington, Tube terdekat ialah South Kensington (Line Piccadilly, District dan Circle). Akses percuma (10AM – 5.30PM). Muzium sejarah purba termasuk dinosaur dan fossil.
  • Notting Hill: Lokasi Notting Hill, Tube terdekat ialah Notting Hill Gate (Line Central, Circle dan District). Kawasan kejiranan elite dan juga lokasi filem Notting Hill. Terkenal dengan Portabello Market yang menjadi pusat jualan barangan antik terbesar di dunia. Market ini juga lokasi jualan pakaian, souvenir, street food, hasil seni tempatan dan aksesori pada hari sabtu dan ahad.
  • Harrods: Lokasi Knightsbridge, Tube terdekat ialah Knightsbridge (Line Piccadilly). Akses percuma (10AM – 8PM). Shopping Centre barangan high-end dan branded di dalam bangunan yang dibina 1834 dan kini dimiliki Qatar Holdings. Terdapat beberapa halls di dalam dengan tema berlainan seperti Egyptian hall dan bangunan pertama  di dunia dengan escalator.
  • The Shard: Lokasi Southwark, Tube terdekat ialah London Bridge ( Line Jubilee dan Northern). Akses ke tower dengan tiket  £24.50 (10AM – 7PM). Bangunan moden kota London dengan view keseluruhan bandar ini.
  • London Bridge: Lokasi City of London. Tube terdekat ialah London Bridge ( Line Jubilee dan Northern). Akses 24 jam. Jambatan terkenal kota London yang sentiasa sibuk.
  • Tate Moden: Lokasi Southwark, Tube terdekat ialah Southwark (Line Jubilee). Akses percuma (10AM – 6PM). Galeri seni moden dari tahun 1900 seperti Pablo Picasso.
  • The London Eye: Lokasi Westminster, Tube terdekat ialah Waterloo (Line Jubilee, Waterloo & City, Bakerloo dan Northern). Akses dengan tiket £21 (10AM – 9PM). Ikon kota London dan venue terbaik untuk view keseluruhan London.
  • The Harry Potter Shop: Lokasi Kings Cross, Tube terdekat ialah Kings Cross St. Pancras Underground (Line Circle, Piccadilly, Metropolitan, Northern, Victoria dan Hammersmith & City). Akses percuma (8AM – 10PM). Terkenal dengan Platform 9 3/4 Hogwarts Expres dalam filem Harry Porter. Juga menjual cenderahati filem magical Harry Porter. St. Pancras International station ialah lokasi tren bagi Eurostar dan filem Harry Potter manakala St. Pancras Square ialah sebuah shopping mall.
  • Leadenhall Market: Lokasi City of London, Tube terdekat ialah Monumen (Line Circle dan District) dan Bank (Line Northern, Central dan Waterloo & City). Akses percuma. Bangunan bersejarah 1411, Victorian market yang menjual pelbagai produk seperti keju, bunga dan souvenir termasuk deretan cafe, pub dan restoran. Juga lokasi filem Harry Potter.
  • Greenwich: Lokasi Greenwich, Tube terdekat ialah Cutty Sark for Maritime Greenwich (Line DLR). Tempat letaknya garisan Meridian Greenwich juga merupakan tapak UNESCO. Antara yang menarik dengan akses percuma dan berbayar ialah:
  1. Greenwich Market, akses percuma (10AM – 5.30PM, kecuali Isnin) dengan jualan street food, souvenir, antik dan kraf .
  2. Greenwich Park, akses percuma (6AM – 9.30PM) park tertua dan sebahagian dari Greenwich World Heritage Site.
  3. National Maritime Museum Greenwich, akses percuma (10AM – 5PM) Muzium eksplorasi laut British.
  4. Queen’s House, akses percuma (10AM – 5PM) Villa diRaja 1635 dengan koleksi seni diRaja British termasuk potret Elizabeth I.
  5. Old Royal Naval College, akses percuma (10AM – 5PM) bangunan bersejarah yang terkenal dengan painted hall dan neoclassical Chapel.
  6. Royal Observatory Greenwich £15 (10AM – 5PM) dimana garisan Meridian dan pembahagian hemisfera dilakukan, sejarah dan masa depan astronomi dengan teleskop terbesar UK dan spesimen asteroid.
  7. Cutty Sark, akses percuma dari luar, untuk ke dalam ialah £13.50 (10AM- 5PM). Kapal Laut dibina 1869 yang digunakan British untuk menjelajah hampir kesemua pelabuhan utama di dunia.
  • Greenwich Foot Tunnel: Lokasi Greenwich, Tube terdekat ialah Cutty Sark for Maritime Greenwich (Line DLR) dan Island Gardens (Line DLR) di seberang Sungai. Akses percuma 24 jam, terowong dibina pada 1902 bagi pejalan kaki merentasi Sungai Thames dari Cutty Sark, Greenwich ke Isle of Dogs, Millwall.
  • Emirates Air Line Cable Car: Lokasi Greenwich, Tube terdekat ialah North Greenwich (Line Jubilee) dan Royal Victoria (Line DLR) di seberang sungai. Akses dengan tiket £3.50 one way (7AM – 10AM). Merentasi Sungai Thames dengan kereta kabel Emirates, view kota London dari Greenwich ke Royal Dock, Victoria dan sebaliknya.
  • Warner Bros Studio Tour: Lokasi Leavesden, 33KM dari Central London. Akses dengan tiket £72 (10AM – 4PM). Studio yang didedikasikan untuk filem Harry Porter.
  • Windsor Castle: Lokasi Windsor, 38KM dari Central London. Tren terdekat ialah Windsor & Eton Central (GWR). Akses dengan tiket £20.50 (9.30AM – 5.15PM). Castle tertua di dunia, kediaman diRaja sejak 900 tahun.
  • Hampton Court Palace: Lokasi Molesey, 22KM dari Central London. Tren terdekat ialah Hampton Court (South Western Rail). Akses dengan tiket £22.70 (10AM – 6PM). Kediaman diRaja Henry VIII dari eracStuart dan Georgian.

Ringkasan: Kebanyakan attractions dan muzium adalah percuma dengan beberapa yang berbayar, bagi itinerary 3 hari 2 malam, purata kos bagi attractions dengan masa yang terhad ialah £40.

trip ke europe secara jimat
Piccadilly Circus

 

Eats:

Walaupun London adalah bandar yang agak menelan kos, bagi makan dan minum secara jimat, banyakkan memilih street food dan restoran take away. Antara pilihan terbaik ialah:

  • Pret A Manger: Rangkaian restoran take away sekitar kota London yang menawarkan sandwich, baguettes, wrap, sup dan coffee dengan harga purata £3.
  • Chinatown: Makanan asia dengan harga purata £8.
  • Market Street Food: Street food stalls di sekitar market di London seperti Street Food Union, SOHO, Camden Market, Central London, Piccadilly Market, Piccadilly Circus, Southbank Centre Food Market, Waterloo dan Portabello Market, Notting Hill, pilihan makanan dengan harga purata £6.

Ringkasan: Untuk makanan dan minuman, purata kos sehari ialah £5 dan untuk 3 hari ialah £15.

eating in london for europe travel
Street Food in Portabello Market

 

Conclusion/Rumusan:

Purata keseluruhan kos bagi budget travel ke Kota London untuk transport, stay, attractions dan eats untuk 3 hari 2 malam ialah £155, jika termasuk dengan bas ke Heathrow Airport dari London bagi penerbangan pulang, ialah £180 + £8, Total £163 atau €182. Dari London tamatlah 10 hari di Europe dengan 4 bandar utama, yeay!. Secara keseluruhan kos purata untuk 4 bandar ini tidak termasuk tiket Kuala Lumpur/Singapura/Jakarta/Brunei – Paris dan London – Kuala Lumpur/Singapura/Jakarta/Brunei ialah:

Paris (€160) + Brussels (€80) + Amsterdam (€148) + London (€182) = €570 . Kos ini akan berkurangan mengikut jenis transport, attractions dan hostel yang di pilih. 

Akhir kata, BON VOYAGE!

budget travel ke europe