Kuiz Ke-Malaysia-An

Isu Media Sosial

Sejak akhir-akhir ini banyak isu yang dimainkan di media sosial. Rakyat Malaysia pula terkenal dengan obsesi terhadap media sosial dan berita sensasi yang tidak mendatangkan faedah kepada negara. Tajuk yang sama akan diulang-ulang demi meraih populariti. Page-page tabloid akan mengikuti isu-isu ini dan terus menjadikannya tajuk utama supaya netizen terus dibuai dengan berita sebegini dan tidak berhenti scrolling. Dari membaca bagaimana untuk memajukan diri dan ekonomi negara, menjadi rakyat berdaya saing, memulihara alam sekitar dan bertoleransi antara satu sama lain, mereka lebih dihasut untuk membuang masa dengan memberikan komen tidak berfaedah, membuli, mencerca dan membenci antara mereka. Jadi, untuk menyambut tahun 2019 yang bakal tiba, terimalah kuiz Ke-Malaysia-an. Yang menariknya, setiap satu soalan didatangkan dengan penerangan dibawah setelah semua soalan dijawab. 

 

Results

Tahniah, teruskan scrolling di fesbuk!

Maaf! Lebihkan masa dalam media sosial!

Next

#1 Kerajaan negeri yang manakah menggunakan kereta mewah jenis Mercedes Benz kerana ianya sebuah ‘keperluan’?

Dikala pendapatan negeri kurang dan balak berleluasa, Kelantan membeli beberapa kereta mewah Mercedes Benz untuk kegunaan harian. Katanya kereta mewah ini ialah satu keperluan bagi mereka.

Next

#2 ‘Belum menang 6%, Lepas menang 0 %, Lama-lama tukar nama’. Kenyataan di atas merujuk kepada?

Pemansuhan 6% GST setelah kemenangan PH dalam PRU 14 tidak kekal lama. Ianya telah digantikan dengan SST setelah masalah ekonomi negara terus meruncing.

Next

#3 Siapakah nama menteri yang membuat nasi goreng dengan menyusun potongan timun di keliling kuali?

Ahmad Maslan merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri. Beliau terkenal dengan nasi goreng tanpa GST yang menjadi viral di media sosial.

Next

#4 Yang manakah tidak berkaitan dengan gambar dibawah?

1MDB ialah skandal rasuah dan penyelewengan terbesar di Malaysia yang melibatkan berbillion ringgit oleh beberapa individu elit termasuk bekas perdana menteri Malaysia, Tan Sri Najib Razak. Cikgu Erin pula ialah seorang lelaki berpakaian wanita yang menggunakan statusnya untuk meraih populariti murahan dan melakukan produk.

Next

#5 Apakah nama kawasan pertanian yang menggunakan terlalu banyak racun toksik dalam tanaman sehingga menyebabkan sesetengah hasil tanaman tidak diterima sebagai eksport ke negara luar?

Penggunaan endosulfan yang dilarang dalam tanaman masih digunakan di Cameron Highland dan memberikan impak buruk kepada kesihatan seperti kanser. Ianya bagaimanapun tidak diendahkan sebilangan rakyat Malaysia yang lebih gemar mengikuti berita sensasi yang tidak mendatangkan faedah dan terus bercuti di sana.

Next

#6 Berdasarkan ilmu PU Amin, apakah nama lagu yang dikatakan punca bencana alam berlaku di negara orang lain?

Lagu Bobo Di Mana dikatakan punca murka tuhan. Hasil didikan program realiti TV berkaitan agama, maka teori-teori seperti ini dikeluarkan dengan rancaknya bagi meraih peminat dan pengikut.

 

Next

#7 Siapakah nama bekas wakil rakyat di Pulau Pinang yang keluar parti kerana lantang bersuara tentang kepentingan ekosistem dan alam sekitar, terutamanya isu tanah runtuh?

Teh Yee Cheu meninggalkan DAP sebelum PRU 14 dan bertanding atas tiket PSM. Beliau amat vokal dalam isu berkaitan alam sekitar dan telah memberikan amaran kepada kerajaan negeri Pulau Pinang tentang bahaya tanah runtuh akibat pembangunan dikawasan bukit.

Next

#8 Siapakah ‘jutawan kosmetik’ yang berjaya melakukan produk dan memperdayakan pengguna dengan teknik marketing ‘kembali ke pangkal jalan’ yang amat digemari ramai.

Akibat ketaksuban pengguna Malaysia dengan isu Transgender, peluang ini digunakan usahawan kosmetik Safiey Ilias meperkotak-katikkan mereka bagi meraih jualan produknya.

Next

#9 Yang manakah golongan terbaru yang tidak mahu anak mereka diberikan imunisasi melawan penyakit atas dasar ‘kepercayaan’?

Kumpulan ibubapa yang bergelar anti-vaksin menolak vaksin imunisasi di hospital atas sebab doktrinasi bahawa ianya tidak halal, keluaran Yahudi dan mempunyai DNA khinzir dan merkuri. Mereka mempercayai teori ini atas sebab dakwah agama oleh individu berpengaruh.

Next

#10 Antara berikut, yang manakah terlibat dengan Sarawak Report yang mendedahkan isu rasuah dan pembalakan?

Tun Ahmad Taib Mahmud didedahkan dalam Sarawak Report dan Bruno Manser Fund untuk isu rasuah, penyelewengan duit dan pembalakan tak terkawal di negeri Sarawak. Harta dan aset beliau berada di lebih 25 negara manakala rakyat Sarawak terhimpit dalam kemiskinan dan kekurangan fasiliti.

Next

#11 Siapakah nama Menteri Besar yang ‘risau’ Hutan Belum Gerik mendapat status tapak warisan dunia UNESCO hanya kerana ingin membalak?

Dalam negara maju berlumba menjaga hutan mereka bagi mendapatkan status warisan dunia dari UNESCO, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu lebih bimbang akan kehilangan hasil balak dengan status ini dari menjaga kepentingan hutan simpan.

Next

#12 Menteri Kewangan Malaysia yang juga mempunyai kes rasuah pembelian Banglo, bernama?

Kes rasuah pembelian sebuah Banglo berjumlah RM2.8 Juta yang dijual di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn kepada Lim Guan Eng oleh seorang pengarah syarikat digugurkan selepas Pakatan Harapan memenangi PRU dan beliau memegang portfolio Menteri Kewangan.

Next

#13 Siapakah Doktor dari Malaysia yang kini menetap di UK, merupakan bekas pelajar pintar dan berpengetahuan luas dalam bidang perubatan tetapi dikecam netizen kerana tidak bertudung/berhijab?

Nur Amalina Bakri merupakan pelajar pintar yang memperolehi keputusan SPM yang sangat cemerlang. Beliau kini seorang Doktor perubatan di London dan banyak menyumbang kepada industri perubatan dan kesihatan. Tetapi beliau dikecam netizen Malaysia hanya kerana tidak bertudung.

Next

#14 Di Negeri manakah berlakunya perkahwinan gadis bawah umur 11 tahun sebagai isteri ketiga dengan lelaki 42 tahun dengan sebab ‘mengikut Sunnah’?

Berita isu pedofilia yang menggemparkan ramai ini tidak begitu dikecam pihak Shariah dan Kerajaan Kelantan atas dasar agama. Pelaku hanya dikenakan denda sebanyak RM1,800.

Next

#15 Daerah ini terkenal sebagai ‘Syurga Sampah Plastik dari Negara Maju’ baru-baru ini

Jenjarom di Kuala Langat telah menjadi longgokan haram sampah plastik dari negara luar seperti UK dan Australia. Ianya mendadak di Malaysia setelah China tidak lagi merima sampah plastik dari negara maju.

Next

#16 Selain menggunakan cucu untuk meraih simpati, beliau juga menyatakan LGBT ialah punca gempa dan tsunami di Sulawesi

Zahid Hamidi didakwa atas penyelewengan dana bagi Yayasan Akal Budi. Cucu beliau berusia 9 tahun menggunakan media sosial bagi membelanya. Antara cara popular bagi mengalih berita di Malaysia ialah dengan menggunakan agama dan LGBT sebagai umpan. Ianya sangat berkesan ke atas mentaliti netizen.

Next

#17 Apakah nama kawasan Parlimen untuk Pilihanraya Kecil di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari bertanding untuk merealisasikan impian masing-masing?

Bagi menjayakan pelan Pakatan Harapan menjadikan DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7, PRK Port Dickson diadakan walau ianya mengakibatkan wakil rakyat yang dipilih meletak jawatan, selain menelan belanja dan masa.

Next

#18 Yang manakah merupakan ‘kepentingan’ bagi kerajaan Negeri Kelantan?

Kelantan antara negeri yang banyak terlibat dalam pemusnahan hutan demi balak dan penanaman Durian jenis Musang King. Tanah yang sepatutnya menjadi adat Orang Asli diberikan kepada tauke Durian untuk wang. Kebanyakan tradisi Melayu beratus tahun juga diharamkan kerana bercanggah dengan agama.

Finish